IB & KMB: Mengenangkannya... Kini aku mampu tersenyum... n_n

Sunday, May 1, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليکم و رحمة الله و برکته و السلام على من تبع الهدى

Istana Sultan Nasrid, Al-Hamrak, Granada, Sepanyol


Akhirnya, jari ini kembali menari di papan kekunci setelah puas aku memaksakan diri ini. Buat para pembaca sekalian, khususnya bagi mereka yang ternanti-nanti perkongsian pengalamanku sepanjang perjalananku menghabiskan cuti musim bunga yang lalu, saya mohon maaf terlebih dahulu. Bukan tidak mahu bercerita tentangnya tetapi saya kira ada perkara yang harusnya terlebih dahulu diutamakan. Terima kasih kepada Amin yang mengingatkanku~

Apa sebenarnya yang ingin aku nukilkan kali ini sehingga aku mampu untuk kembali menaip mengisi catatan kembara ini? Tajuknya sahaja sudah menerangkannya. Kali ini, sang musafir ingin kembali menjelajah nostalgia yang berbekas di hati ini, memori yang terpahat dalam perjalanan hidup sang musafir saatnya menghadapi dugaan terbesar di bumi Banting, ujian penentu, yang kini telah membawaku beribu batu meninggalkan bumi kelahiranku.



Catatanku ini mungkin sekali tidak terbaca oleh mereka yang aku harapkan dapat membacanya kerana aku sedar saat ini sudah tentunya mereka sudah meletakkan fokus mereka kepada bab terakhir perjuangan mereka di Kolej MARA Banting. Ditambah lagi dengan lamanya tempoh mengemas kini laman ini menjadikannya kurang mendapat tumpuan, tidak lupa juga celotehku yang berjela-jela, aku harap kirimanku kali ini sedikit sebanyak berupaya memberi manfaat andai mereka dapat membacanya. Perkongsianku saat aku juga menghadapi ujian International Baccalaureatte (IB).

Aku rasa kiriman laluku ini sudah cukup kiranya sebagai nasihatku kepada mereka yang bakal merasai apa yang telah aku lalui dahulu. Hasil nukilanku di saat aku juga berdebar-debar menanti saat hadirnya hari yang penuh per"soalan":

Baca Kiriman 1 & Kiriman 2

Sepanjang di KMB, tiada yang dapat aku banggakan di sini, kecuali pencapaian Islamic Studies~ ^_^


Ditambah dengan peringatan-peringatan yang telah dicatatkan oleh Amin, aku kira sudah hampir lengkap akan apa yang inginku sampaikan. Mungkin ada beberapa perkara yang ingin aku tegaskan berdasarkan apa yang telah Amin sampaikan:
  1. Musim Mengawan: Hahah, segan aku ingin menaipkannya tapi aku kira antara yang paling penting sekali untuk diperingatkan. Ya, aku juga salah seorang daripada mereka yang terjerat dengan perangkap samar perasaan yang semakin aktif apabila memikirkan hari-hari terakhir sebelum meninggalkan KMB. Bila difikir-fikirkan, mungkin juga kerana itu, kerana merasakan waktu ini seolah-olah kesempatan terakhir untuk mengikat janji dengan "si dia" menyebabkan aku dahulu beralih tumpuan daripada perkara yang seharusnya diberi perhatian, peperiksaan IB. Dan aku ingin mengingatkan mereka yang semakin lemah kawalan nafsunya, JANGAN sekali-kali, kemudian JANGAN sekali-kali, berfikir sedemikian di saat ada ujian yang lebih besar menanti. Kerana saat kau kecewa, tidak ada yang dapat membantumu. Ketahuilah, sesungguhnya aku telah melaluinya dan aku tidak ingin kalian juga mengalaminya. Yakinlah dengan janji Tuhanmu, yakinlah dengan ketetapanNya yang telah tersedia buatmu, tetapi sekarang bukanlah masanya untuk kamu mengejarnya. Jika ada yang telah terlanjur, ingin aku ingatkan, mintalah bantuan Dia Yang Maha Mengetahui, yang rahmatNya luas meliputi sekalian alam, kembali kepada kalam-kalamnya, berdzikirlah mengingatiNya, mintalah ketenangan daripadaNya. Kau pasti akan bertemu dengan "si dia" yang lebih cocok untukmu pada masa dan tempat yang ditentukanNya, insyaAllah. __________________________________________________
  2. Masih ada masa: Sememangnya tidak pernah terlambat untuk segalanya. Sungguh, proses mengulangkaji sememangnya tidak pernah aku hentikan, hanya apabila tiba saatnya aku dipanggil ke dewan peperiksaan. Ya, masa sudah suntuk, sudah kekurangan masa tetapi tidak bererti tiada masa! Gunakan setiap saat yang ada, setiap detik yang berbaki dengan sebaiknya. Jangan terlalu dilalaikan dengan nikmat dunia, jangan dilekakan dengan perbuatan yang tidak sepatutnya, optimumkan penggunaannya, mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan mengingati Allah tentunya. Sungguh, dugaannya semakin besar apabila ujiannya semakin hampir. Maka, persiapkan dirimu! _______________________________________________________
  3. Akhir sekali, setelah kau melangkah keluar dari dewan peperiksaan, usah dikesali kesilapan yang telah dilakukan, usah dikenang kesusahan yang dilalui. Serahkan segalanya kepada Allah. Sesungguhnya hanya Dia yang mampu mendatangkan rezqi kepada mu dari arah yang tidak disangka-sangka! (QS. 65:3) Sememangnya hanya tawakal yang mampu membawamu kehadapan meninggalkan masa lalu. Ya, aku juga pernah menyesali prestasiku ketika berhadapan dengan Mathematics HL dan Malay A1. Namun, tawakal menjadikanku kuat, mengembalikan kekuatanku untuk berhadapan dengan ujian-ujian seterusnya. (Konsep tawakal, ada di (klik) sini)
Apa jua keputusan yang bakal diterima kelak, tentunya akan mampu diterima dengan hati yang sudah ikhlas dan redho menerima segala ketentuanNya. Maka, jangan sekali-kali berhenti meminta daripadanya supaya diberikan yang terbaik untuk dirimu dan mohon kekuatan daripadanya untuk menghadapi ujian-ujian yang lebih besar yang menanti. Laluinya dengan tabah kerana ketabahan itu akan diuji lagi di hari depannya.


بالتوفيق و النجاح
ممتاز لالأمة

-------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian saat aku menerima keputusan IB aku di (klik) sini (bahagian bawah dengan tajuk "Kisah Result").

Nah, bukanlah sesuatu yang membanggakan tetapi ianya mengejutkan untuk aku!


Setelah menerima keputusan IB, ada ujian yang jauh lebih berat daripada peperiksaan itu sendiri yang terpaksa aku lalui. Aku menyelitnya dalam puisiku di (klik) sini.

Selamat Menghadapi Peperiksaan!
Beta menunggu kehadiran tuan hamba! n_n

4 jejak ditinggalkan:

-mfr5071- said...

doakan saya =)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

@-mfr5071-:

InsyaAllah, ya akhi!
Rabbana yusahhil lana
(ana pun mendekati peperiksaan juga~)

Jap, nak pastikan sesuatu. Ni Faiz, Faiz yang tinggi tu kah? Nickname "mfr" buat ana teringat kat kartunis komik da'wah "mfrstudio"~

Buat yang terbaik, moga Allah kurniakan kejayaan, dunia & akhirat buat ntum.

Sampaikan salam buat teman-teman yang lain, terutamanya anak-anak usrah ana:
Zakuwan, Faiz Kadir, Fakih, Hazwan & Anuar.

Salam Perjuangan buat semua!

wabit.ent said...

kenapa exam=musim mengawan?? lumrah ek?

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

@wabit.ent:

Aku tak perasan pulak kalau exam semester lainnya pun ada musim mengawannya. Tapi yang jelas bagi aku, kalau exam tu ialah "FINAL" exam, kebarangkalian untuk hadir musim mengawan tu memang tinggi. Mungkin juga waktu seperti itulah we let our guards down. Manakan tidak, kita tertekan dengan ulangkaji yang tak habis-habis lagi, saat peperiksaan semakin hampir, emosi tak stabil dan syaitan dengan liciknya mengambil peluang tu membisik ke hati supaya kita menurut keinginan nafsu. Itu pendapat akulah.