السلام عليکم و رحمة الله و برکته،
ستله سکيان لام تيدق مڠمس کيني بلوݢ ني، هاري اين اکو راس ترڤڠݢيل اوٴنتوق ممبريتاهو، بوکن اوٴنتوق برچلوتيه. إنشاء الله, دالم کيريمن کالي اين اد ببراڤ ڤرکارا يڠ ايڠين اکو سمڤايکن کڤد ڤارا ڤمباچ سکاليان
#1: Berita Musibah, umumnya kepada mereka yang ingin ambil tahu, khususnya pula kepada teman-teman sepersekolahanku - SBPI Kubang Pasu @ OXSIKA
Dah lama untuk aku sendiri tidak menjenguk ke blog aku ini. Hari ini aku rasa terpanggil untuk mengintai apa yang telah berlaku kepada blog ini, setelah sekian lama meninggalkannya, daripada jalan-jalan yang anda mungkin tak perlu ambil tahu. Nak dipendekkan cerita, aku terpandang sudut kecil ruangan "Followers" aku. Aku tersedar ada juga pengikut baru di blog penuh habuk dan sawang ini. Dengan penuh rasa ingin tahu, aku menjejakkan kaki ke blog milik pengikut baruku ini, dengan niat untuk mengetahui latar belakangnya. Setibanya aku di blog tersebut, terkejutlah aku memerhatikan sebuah rentangan:
Mana aku tak terkejut melihat apa yang terpampang ini. Shahir Saad, teman seperjuanganku semasa aku menuntut di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu sepanjang menghabiskan pengajian menengah atasan, dikhabarkan terlantar di hospital dan menerima rawatan KANSER TAHAP 4!!!
Innalillahi wa inna ilaihirRaji'un.
Aku ada kenanganku yang tersendiri dengan sahabatku ini. Kami bukanlah teman sealiran (aku mengikut aliran Sains Agama, dia di aliran Sains Tulen) apa lagi sekelas. Tapi SBPIKP itu kecil sahaja sekolahnya, se"introvert" aku pun, aku kenal juga dengannya. Ya, manakan tidak kalau bukan dia antara ahli yang menonjol bagi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Mungkin antara detik-detik yang lebih menemukan aku dengan dia atau menuntut aku bekerjasama dengan dia, nah, tentu sekali lebih hebatnya di saat menguruskan Minggu Orientasi pelajar-pelajar baru tingkatan 1 dan 4, kerana kerjasama PRS, BADAR dan Pengawas.
Ringkasnya, aku mengenali dia sebagai seorang yang baik. Pergaulanku dengannya baik. Tiada perselisihan serius antara aku dan dia pernah berlaku sepanjang aku mengenali dia. Makanya, memang aku menyimpulkan bahawa dia seorang yang baik, walaupun jujurnya aku perasan bahawa dia ini kuat juga berleter~ (ampun Shahir~ :p). Sepanjang aku mengenali dia juga, aku melihatnya sentiasa dalam keadaan sihat wal'afiat. Sememangnya berita ini agak mengejutkan.
Ini kali keduanya aku menerima berita musibah teman-temanku secara tidak sengaja, seingat akulah (rasanya macam banyak kali juga~ =_="). Apapun, alhamdulillah, aku dipertemukan dengan khabar ini segera. Aku akan cuba sedaya upayaku untuk membantumu, sahabat!
Ini ada sedikit sedutan daripada catatan mereka yang berkesempatan bertemu dengannya,
"salam..kawan2..kelmarin aku pi mlwt shahir.alhamdulillah..ni gambq aku ngn dia.dia leh gelak lg bila aku dok buat lwk.siap boleh angkat tgn wat peace lg.hehe.dia nmpak kuat..semangat dia pon kuat..aku ada pesan kat dia jgn putus asa.n dia ckp dia xkan putus asa..tp tatau la kan,acmna prasaan dia kat dlm.dia redha ngn sakit dia.tapi dia nak berjuang tuk trus sehat.dia rindu kwn2 smua.dia kirim slm kat kita semua.n ckp tma kasih..perkembangan stakat ni,bahagian kiri badan shahir lumpuh,juz dok tas katil tu jala..bahagian kpla y operte tu bengkak.mata pon dh boleh bukak.aku ckp ngn mak dia.doc ckp jenis cancer y shahir ni jns y agresif..wlupon dah dua kali bedah buang ktumbuhan tu,tapi still ada lagi y xleh buang,so doc nak laser y kecik2 tu..cumanya y kesian sbb mak ayah shahir gilir2 jaga dia.ulang alik dari kedah tiap2 minggu.femly pon xleh mai mlwt,sbb jauh.mak shahir baru baik breast cancer,ayah dia ada asma.xdak org len dah y leh jaga,mak ayah dia ja..sedih kot bila tngok mak dia dah tua2 jaga anak muda lagi,.bantuan kewangan xdapat lg..so dah bnyak duit hbs mak ayah dia dok ulang alik kedah klntan.kalau kita leh bagi duit sorang spluh ringgit pon aku rasa ok gak.bleh la tolong kaver duit tiket mak ayah dia..pastukan,.bila aku ckp ,kwn2 smua kirim slm kat shahir,smua syg shahir,semua dok doa bg shahir cpt sehat ,so shahir kena kuat,,mak dia ckp alhamdulillah..syukur shahir ramai kwn hat dok doa ..mak dia hrp kita semua xputus2 doakan shahir,n trus bagi semangat kat dia..time nak balik tuh aku peluk mak dia,mak dia nangis,ya Allah,,sebak gila..so,tu jala y aku leh kongsi sket2..n aku hrp bleh la ada sapa2 urus bab nak bg sumbangan duit sikit kat femly shahir.\sbb dia bknla org senang,mak ayah dia xgheja pon.at least lehla kita tolong sikit2 kan..pastu sapa y free pi la mlwt dia..bagi dia syok sikit..hehe..okess..tu ja =)"(daripada Mbak Maleeha, tak tahu bila tapi mungkin dalam seminggu dua kebelakang)
P/S: Ini sumber sekunder ya, bukan primer~
Mudah-mudahan Allah memberi ujian kepadamu ini sesuai dengan kemampuanmu, wahai Shahir. Sesuai dengan kemampuan ibu bapamu, sesuai dengan kemampuan teman-temanmu. Moga musibah yang menimpa dirimu ini bakal menghapuskan dosa-dosamu yang lalu, asal dilalui dengan kesabaran dan tawakkal ilallah. Aku doakan rahmat Allah melimpah ke atasmu sentiasa.
Kepada teman-teman, terutama di Malaysia yang berkesempatan menziarahinya, di sini aku ingin berkongsi sebuah doa (pertama kali aku mendengarnya semasa aku sibuk melayan sinetron terbaru Ketika Cinta Bertasbih: Meraih Ridho Illahi~ :p), diambil dari sebuah hadith (muttafaqun alaih):
Imam Bukhari – Muslim meriwayatkan hadits dari Aisyah ra: Bahwa Nabi saw pernah menjenguk keluarganya yang sakit , lalu beliau mengusapkan tangan kanannya (ke daerah yang sakit) dan berdoa:Sama-sama kita doakan kesembuhan sahabat kita ini. Mudah-mudahan Shahir sekeluarga diberi kekuatan untuk melewati masa kritikal ini.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ ، أَذْهِبِ الْبَأْسَ ، اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي ، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ سِفَاؤُكَ ، شِفَاءً لاَ بُغَادِرُ سَقَمًا
Allahumma RobbanNaas, AdzhibilBaksa, Isyfi AntasySyafi, La Syifa-an Illa Syifa-uka, Syifa-an Laa Yughodiru Saqoman.
Ya Allah, Rabb sekalian manusia, hilangkan kesengsaraan ini, sembuhkanlah (sesungguhnya) Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan (dari)Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
#2: Aman Palestin Roadshow (APRS): Searching fOr Salahuddin (SOS) (versi Eropah)
Maklumat lanjut: http://sos2011.ismaeropah.com/
Berita kedua ini ditujukan khas buat teman-temanku yang kini sedang melanjutkan pengajian di Eropah.
Buat pertama kalinya, Aman Palestin Berhad dengan kerjasama ISMA Eropah akan melaksanakan sebuah acara yang telah pun mengambil tempat di beberapa lokasi seluruh dunia:
Mesir:
Jordan:
Australia:
New Zealand:
Korea
Dan kini, APRS bakal melangkah ke benua Eropah dengan harapan untuk bertemu teman-teman di Ireland, Republic Czech, United Kingdom dan Germany!!
APRS dilaksanakan bagi tujuan memberikan pencerahan kepada masyarakat awam, khususnya masyarakat Muslim berkenaan isu Palestin.
Jadi, kenapa Palestin? Harap pembaca tanpa segan silu dapat menemui jawapannya di (klik) sini.
Sepanjang perancangan program yang akan berlangsung ini, pihak penganjur turut mengambil inisiatif untuk menyebar luaskan Kempen 5 Untuk Palestin. Antara lainnya, menyeru para Muslimin khususnya untuk menambah tabungan akhirat dengan menyalurkan dana buat para penduduk Palestin yang kian hari kian hebat ditindas. Sumbangan anda boleh disalurkan melalui PayPal di laman sesawang khas APRS atau terus ke sini.
Maklumat mengenai kempen ini juga boleh didapati di laman sesawang Aman Palestin Bhd.
Jadi, jangan lepaskan kesempatan ini untuk bersama menelusuri jejak Salahuddin Al-Ayyubi, mencari Salahuddin generasi baru melalui APRS: Searching fOr Salahuddin! Ayuh!!







0 jejak ditinggalkan:
Post a Comment