Salam akhir... salam yang teristimewa...

Sunday, April 25, 2010


Assalamualaikum.


Baru seminggu mengatakan ianya kiriman terakhir, malam ini, tangan ini seronok menari di atas papan kekunci. Hati bernyanyi riang ingin menglipurkan kisah Sang Musafir. Kali ini, sekali lagi Sang Musafir ingin berkongsi "multiple stories in 1 post" sepertimana kiriman yang lalu. Pendek cerita, tekanlah mana-mana butang yang berkenan. n_n


Di kesempatan ini, sekali lagi kemaafan dipohon buat mereka yang telah kuguris hatinya, sengaja atau tidak sengaja, yang mana kata-kataku, perbuatanku, dan tabiatku melukakan hati, seribu kemaafan ku pohon. Aku ini bukanlah insan yang pandai berkata-kata, yang berani bersua muka memohon kemaafan. Permohonan di sini aku dahulukan. Terima kasih juga buat semua yang telah membimbingku, memberikanku dorongan untuk meneruskan hidup ku. Jasa kalian tidak kupersiakan. Doakan kejayaanku di dalam peperiksaan IB ini. Doakan yang terbaik buatku.





Kiriman 1: Tawakal bukan Tawakul





Sudah sekian lama diri ini tercari-cari apa itu erti sebenar "tawakal". Apa itu tawakal sebenarnya? Sering sahaja bagiku, setiap kali melangkah keluar dari bilik menuju ke kelas, langkahku yang pertama, aku sertakan bersamanya doaku,


"Bismillahi tawakkaltu 'alaLLAH, wa la haula wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim"

Aku berserah segalanya kepada Allah. Apa-apa yang terjadi hari ini adalah ketentuanNya dan ia adalah atas kehendakNya. Aku ingin sahaja meyakini apa yang aku lakukan itu betul tetapi hatiku membisik kepadaku, bukan begini caranya. Aku siapkan segala tugasan yang diberikan, saat diri sudah tak berdaya untuk berjaga, aku tinggalkan kerja-kerja itu begitu sahaja. Esoknya, aku ke kelas, memohon supaya segalanya berjalan lancar. Terkadang hati kecil ini memberontak, ini bukan caranya! Terkadang hati tewas, "go with the flow" katanya.


Akhirnya, murabbiku memberikanku pencerahan. Sungguh aku bersyukur. Persoalan hatiku terjawab hari itu.


"Tawakal" dan "tawakul". Dua perkara yang berbeza. Berbeza dari segi barisnya, fathah dan dammah, berbeza juga dari segi maknanya. Apa bezanya?


'Tawakal' ertinya kita berserah kepada Allah setelah segala usaha telah kita lakukan sedang 'tawakul' pula ertinya berserah bulat-bulat kepada Allah, tanpa ada sebarang usaha yang dilakukan. Itu kata murabbiku kepada kami, ahli halaqahnya.


Izinkan aku memetik perbincangan tentangnya dari sebuah blog yang aku terjumpa ketika sedang melayari alam maya ini:


"Hanya saja Allah Swt. senantiasa menuntut kita untuk selalu berusaha dan bekerja keras demi meraih cita-cita. Jangan hanya mengharap pemberian-Nya tanpa mau berikhtiar dan berusaha, sebab tawakal adalah kepasrahan yang diawali dengan usaha yang maximal. Bila tidak berusaha dan hanya menerima hasil maka itu disebut Tawakul dan bukan Tawakkul.


Tawakal yang tepat dan benar adalah yang diawali dengan usaha yang maximal, dan oleh orang-orang mulia dibagi juga menjadi tiga bagian: Tawakal yang pertama adalah Berusaha lalu menerima apapun hasilnya. Yang kedua: Berusaha lalu meridhoi apapun hasilnya. Sedangkan yang ketiga dan yang tertinggi adalah: Berusaha dan tetap bahagia apapun hasilnya.


Adapun bila tidak berusaha dan hanya menunggu hasil maka disebut Tawakul dan inilah yang dicela oleh Allah Swt."


Sumber: link


Sebenarnya, berkenaan dengan Tawakal ini, aku sampaikannya sebagai peringatan bersama setelah selesai solat hajat berjemaah di Musolla An-Nur pada malam Khamis yang lepas. Jadi, apa yang ingin dikongsi dalam kiriman kali ini sedikit sebanyak akan terisi dengan apa yang telah kusampaikan pada malam itu. Memperingatkan diri, bak firman Allah, "Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. [51:55]".


Akan kubentangkan pemikiranku tentang hal ini melalui konteks diriku sebagai seorang pelajar IB dari Kolej MARA Banting yang bakal menghadapi peperiksaan akhir seminggu dari sekarang. Sebelum aku berceloteh lebih mendalam tentangnya, suka untukku memperkenalkan dahulu apa yang pernah guru sekolah agamaku sebutkan kepadaku, lama dahulu ketika aku berada di bangku sekolah rendah, berkenaan konsep asas bagi seorang muslim itu ingin berjaya dalam apa yang dihajatinya, iaitu akronim DUIT. Ringkasnya,


D = Doa, U = Usaha, I = Ikhtiar, T = Tawakal


Doa:


Sebagai seorang muslim, seorang hamba yang Maha Esa, semestinya doa dipanjatkan kepadaNya. Apa sahaja hajat yang terbuku di hati, kepadaNyalah ianya dipanjatkan. Doa itu umpama tali yang menghubung seorang hamba dan Tuannya. Andai tiada doa, tiadalah wujud hubungan tersebut. Andai seorang hamba itu tidak punya hubungan yang baik dengan Tuannya, apakah bisa tuannya memberikan apa yang dipintanya?

Menjadi isu pula berkenaan dengan doa bagi mereka yang terburu-buru, tidak sabar menunggu doanya dimaqbulkan. Doanya tidak terjawab, lalu mulalah si hamba berputus asa untuk berdoa lagi. Jadi, sama-samalah kita memperingati diri kita, bukanlah kerana tidak terjawabnya doa itu bererti tiada hasil. Tugas kita ialah berdoa dan jika ianya tidak terjawab segera, bersabarlah, kerana akan ada ganjaran yang lebih besar buat mereka yang berdoa dengan penuh sabar dan pengharapan. Sepertimana firman Allah,


"oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar"
[Al-Baqarah, 2: 152-153]

Sebagai pelajar yang inginkan kejayaan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi, jangan sekali-kali kita putus dalam berdoa, memohon dariNya kejayaan kita kerana Dialah yang berkuasa menentukan jaya gagalnya kita.



Usaha:





Maka di sini datang langkah yang seterusnya. Sambil kita berdoa memohon kejayaan, jangan pula kita mengharapkan berlaku mukjizat atau karamah pula untuk kita beroleh kejayaan dengan tiba-tiba. Kita berada di dunia ini, terikat dengan sunnatullah di mana setiap perkara yang berlaku pasti ada asbabnya. Melainkan diizinkan Allah, maka itu tidak mustahil kerana ianya sangat mudah bagiNya tetapi adakah kita ini boleh hidup hanya bergantung pada karamah? Andai iman senipis kulit bawang, serapuh daun kering, apakah jaminan karamah itu buat diri kita? Sentiasa sahaja apabila dikatakan kepada teman-teman bahawa kita akan menghadapi peperiksaan, mereka sudah tentu akan melafazkan "aku doakan kejayaanmu", "semoga berjaya", "good luck", dan yang sewaktu dengannya, menyatakan doa mereka untuk kejayaan kita tetapi doa mereka itu tidak bermakna jika hanya doa mereka yang kita harapkan dan andai kita leka dalam melaksanakan bahagian kita, 'our part of the deal', usaha kita.

Mengenangkan keadaanku sekarang, program IRP (Intensive Revision Programme) baru sahaja selesai. Hampir sebulan bertungkus-lumus melakukan perbincangan berkumpulan dan menjawab kertas-kertas peperiksaan tahun-tahun terdahulu sebagai salah satu usaha untuk mengulang kaji apa yang telah dipelajari. Kini, diberi pula 'study leave', peluang untuk kami melakukan usaha sendiri tanpa bantuan atau jadual yang disusun pihak guru. IRP ini merupakan salah satu usaha kita. Berakhirnya IRP tak bererti berakhirnya usaha kita!



Ikhtiar:





Jujurnya, pada fikiranku, usaha dan ikhtiar ini lebih kurang sahaja maksudnya. Ditambah ikhtiar mungkin sekali untuk melengkapkan susunan aksara akronim ini, menjadikannya satu perkataan yang memberi makna. Mungkin aku tidak akan mengupas panjang mengenainya. Apa yang ingin aku katakan, usaha adalah berterusan, selagimana ada ruang untuk berusaha, kita perlu berusaha. Apabila tiba masanya kita merasakan seolah telah habis usaha, kita ikhtiarkan, kita cuba mencari lagi pilihan untuk meneruskan usaha sehingga benar-benar telah habis segala yang mampu kita lakukan. Sesungguhnya, Allah lebih memandang kepada usaha hambaNya daripada hasilnya.


Selagimana IB belum lagi ditempuhi, selagi itu usaha perlu diteruskan sehingga ke saat terakhir sebelum menduduki peperiksaan itu!



Tawakal:




Di akhirnya, setelah selesai segala usaha kita, setelah kita melakukan apa yang termampu, barulah datangnya tawakal. Tawakal adalah apabila kita berserah kepada Allah untuk memberikan kita balasan terhadap usaha kita. Kupetik semula apa yang dikatakan di awal kiriman ini,

"Tawakal yang tepat dan benar adalah yang diawali dengan usaha yang maximal, dan oleh orang-orang mulia dibagi juga menjadi tiga bagian: Tawakal yang pertama adalah Berusaha lalu menerima apapun hasilnya. Yang kedua: Berusaha lalu meridhoi apapun hasilnya. Sedangkan yang ketiga dan yang tertinggi adalah: Berusaha dan tetap bahagia apapun hasilnya."

Andainya kita beroleh tahap tawakal yang terbaik, maka berbahagialah kita, kitalah manusia paling bahagia hidupnya di muka bumi ini.

Apa sahaja keputusan peperiksaan IB ini, terimalah ia.


"dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya"
[An-Najm, 53:39]

Sebagai penenang hati di kala gelisah kelak, berpeganglah pada ayat ini,

"(kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
[Al-Hadid, 57:23]

Wallahu 'alam.





 
Kiriman 2: Aku akan Terus Melangkah!





Argh, masih terasa pedih di kaki Sang Musafir. Luka yang lalu meninggalkan parut berbisa. Biarpun parutnya kekal, harapan Sang Musafir agar bisanya reda. Hilang ditelan masa. Kisah lama ditinggalkannya. Biar pahit mana sekalipun, ia telah menyedarkan Sang Musafir akan banyak perkara. Tak terhitung pengajarannya. Biarlah ia berakhir di sini, tidak menular ke mana-mana.

Teguhkan kakimu, wahai Sang Musafir!

Teruskan melangkah!

Perjalananmu di bumi Banting ini sudah menghampiri penghujungnya.

Kau harus kuat!

Kerana kau bakal melangkah ke bumi yang lain.

Dan ini adalah ujianmu yang terakhir di bumi Banting ini.



Teriakan hati kecilnya bergema, memberikan semangat buat Sang Musafir. Kembali mengenang kembali segala yang telah berlaku sejak langkah pertamanya di bumi Banting ini, begitu banyak yang telah dilalui, tidak terkira banyaknya. Pahit manis, suka duka, itu semua merancakkan lagi perjalanan Sang Musafir. Kini, hanya tinggal beberapa langkah sahaja sebelum Sang Musafir akan meninggalkan bumi Banting, menamatkan musafirannya di bumi yang telah banyak mendewasakannya.
 
Melangkah ke kawasan baru di bumi Banting. Sang Musafir terkena sedikit 'culture shock'. Jika sebelum ini, setiap hari, ada sahaja ujian yang diberikan tok guru – tok guru untuk diselesaikan. Terkadang tugasan yang diberikan menimbun, kerana tidak selesai tugasan yang lalu. Namun kini, mereka meninggalkan tugasan-tugasan ini kepada Sang Musafir, mengharapkan Sang Musafir untuk terus berusaha melaksanakannya, demi kebaikannya sendiri. Suasana terasa sunyi. Jalan yang dilalui Sang Musafir kini tidak lagi penuh liku, duri-duri di jalanan berkurang, tiada lagi yang menjalar melintang bertindih satu sama lain. Terkadang Sang Musafir berasa kurang senang dengan keadaan ini. Sudah sekian lama tidak merasakan kelapangan ini. Bimbang ianya akan mengheret Sang Musafir ke tepian. Bimbang kaki akan berhenti mengorak langkah kerana tiada pendorong untuk melangkah ke hadapan.

Kini Sang Musafir bersendirian. Mengenangkan nasib sendiri yang tiada peta dan tiada pemandu arah. Sang Musafir sedar akan hakikat perjalanannya di bumi Banting yang serba kekurangan itu. Berjalan, bermusafir tanpa peta, tidak tahu arah tujuan.Sehingga ke saat ini pun, Sang Musafir masih lagi tidak berupaya membaca peta-peta yang diperolehnya di sepanjang perjalanannya. Masih lagi keliru akan hala tujunya. Akan tetapi, Sang Musafir bersyukur. Setidak-tidaknya ada sahaja yang sanggup membimbingnya. Bersyukur dia masih ada teman-teman yang turut sama melangkah di bumi yang sama, dengan tujuan akhir yang harapnya sama. Mereka inilah yang telah banyak membantu Sang Musafir mencatur langkah. Juga tok guru – tok guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu mereka, membina pedoman dalam diri Sang Musafir. Biarpun matanya masih kabur dalam melihat tujuan akhirnya, ada sahaja yang sudi berkongsi kanta, biarpun tidak sama kekuatannya.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu Sang Musafir. Penentu hasil musafirannya. Ujian yang paling berat dalam catatan kembaranya.

Harapan keluarga yang ditinggalkannya. Harapan tok guru – tok guru yang membimbingnya. Harapan teman-teman seperjalanan yang sentiasa di sisinya. Harapan penghuni langit dan bumi yang memberi sokongan di belakang tabir.

Apapun yang berlaku nanti, tidaklah akan Sang Musafir kesalkan. Sesungguhnya perjalanan di bumi Banting ini telah banyak mengajar Sang Musafir erti kehidupan. Percayalah, harapan mereka tidaklah sia-sia. Berada di bumi Banting ini, InsyaAllah, telah melahirkan seorang manusia yang bakal berbakti buat agamanya. Kejayaan yang sebenar mungkin sekali tidak mampu diukur dengan kejayaan di medan ujian itu nanti.

Doakan kejayaan ku!


 


Kiriman 3: Beautiful Blogger?






Aneh sedikit tajuknya. Sebagai pelajar yang mengambil subjek 'Theory of Knowledge', tertanya-tanya juga apakah maksud di sebalik kata 'beautiful' itu. Secara zahirnya, mungkin jauh sekali jika ingin dikatakan diri ini 'beautiful', mahupun layout blog yang hanya diubah suai ini. Makna sebenarnya, ana serahkanlah kepada bekas teman satu maktab pengajian dahulu, ukht Nurul Aimi Shamsudin a.k.a. Sutera Maya yang sudi memberikan ana:




 

Ana pada asalnya tak berapa berminat sangat, sepertimana tags yang ana pernah kena sebelum ini tapi mungkin sekali-sekala bolehlah rasanya. Sedang ana dalam mood untuk ini, teruskan sahajalah. Kadang-kala yang membuatkan ana tak berminat dengan tagging ni tugasan-tugasan atau soalan-soalan yang terasa malas untuk dijawab, itu sahaja.


 

1) Thank and link the person who gave you the award.
2) Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3)Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4) State 7 things about yourself.


 

Jadi, untuk meneruskan agenda, ana mungkin perlu nyatakan definisi 'beautiful' itu sendiri pada ana sebelum ana anugerahkan kepada orang lain. Bagi ana, 'beautiful' itu adalah nilaian buat kata-kata dalam kiriman mereka yang menarik, cara pemikiran yang menarik, mungkin juga susun atur atau layout yang menarik. Apa-apapun, di bawah ana senaraikan mereka yang ana rasa 'beautiful', bukanlah bermakna yang lain tidak, semuanya 'beautiful', tapi kerana banyak kekangan, ana terpaksa memilih. Tahniah buat yang terpilih ni:

  1. Nur Syazadiyanah, adik ana yang riang berceloteh di alam maya (dan juga realiti n_n )
  2. Muhammad Syahiran, adik ana juga yang semakin matang pemikirannya ana doakan
  3. Akh Akmal Hayat, teman ana yang sentiasa ada sahaja yang ingin diluahkan
  4. Akh Faqih Aqili, teman sehalaqah yang banyak membimbing jiwa sesat (lost soul) ini
  5. Akh Amin Rukaini, teman ana yang sentiasa petah memberikan motivasi
  6. Akh Abdul Salam, teman ana yang sentiasa sahaja di sisi, menyuntik semangat di kala ana terasa down
  7. Akh Hafiz Kamarul Bahrin, teman se'mentee' yang tidak jemu meghiburkan hati ini dengan gelagatnya
  8. Akh Syamil Che Eliaziz, temanku yang kadangkala pemikirannya sukar untuk aku suaikan wavelength tetapi menarik
  9. Akh Nazrul Hafiz, teman yang punya banyak pengalaman dan banyak yang dikongsikan dengan ana juga n_n
  10. Muhammad Luthfi Rohime, temanku yang sentiasa sahaja 'happy-go-lucky'
  11. Ukht Munirah Syakirah, bekas teman sepengajianku, sentiasa ada sahaja yang ingin dikongsikan sambil menyelit peringatan
  12. Ukht Nur Liyana, bekas teman sekelasku yang gelagatnya dahulu kadangkala menggelikan hatiku (sekarang juga mungkin, n_n)
  13. Anis Juwairiyah, bekas teman sepengajianku yang juga teman rapat Mud Luthfi
  14. Hanis Hafizah, a.k.a. Anne juga bekas teman sepengajianku yang kini di Australia
  15. ...
Yang terakhir ni, ana reservelah. Sesiapa pun boleh.


Ah, ini yang berat sikit ana nak buat ni. Hmm, 7 perkara. Ana jarang muhasabah diri tapi, apa-apa jelah. Mereka yang rapat dengan ana mungkin lebih mengenali ana. Sekadar apa yang ana fikirkan.

  1. Sensitif
  2. Lebih gemar berdiam diri daripada berkata-kata (ada kesan-kesan trauma~ T_T)
  3. Introvert, lebih gemar menyendiri tetapi kadangkala perlukan teman
  4. Tak suka tekanan, suka menenangkan diri walaupun kadangkala suasana sekeliling serabut~ n_n
  5. Pendam, tak suka luah. Akhirnya memakan diri balik. T_T
  6. Sering sesat. Yelah, malu bertanya, sesat jalan~ T_T
  7. ... (letaklah apa-apa yang difikirkan patut~ n_n)
Akhir kata, tak ada paksaan pun dalam benda ni. Ditambah pula dengan musim ujian sekarang ni.  Mungkin cukup sekadar tanda penghargaan ana buat blogger-blogger ini yang telah banyak mencorakkan hidup ana.  Terima kasih buat mereka. Wallahu'alam. Selesai tugas ana.


 


Kiriman 4: Bulan Istimewa




Bulan ini merupakan bulan yang sangat istimewa buat diriku. Banyak yang aku peroleh, banyak yang aku terima. Semuanya membawa aku ke arah kedewasaan jasadi dan juga pemikiranku.

Dan yang paling penting, bulan ini yang menghimpunkan hari lahir dua orang adik-adikku yang kusayangi, Nur Syazadiyanah dan Muhammad Syafiq.




Adik #2


Hahah, sedikit latar belakang satu-satunya puteri abah dan mak dalam keluarga ni. Dilahirkan di tempat yang sama dengan aku dan adikku yang pertama iaitu di Hospital Besar, Melaka tanggal 23 April 1993. Perwatakan yang amat menonjol pada dirinya, hahah, satu je yang aku terfikir, banyak sangat bercakap sampai kadang-kadang tu naik angin gak abah ngan mak~ :p Tapi, macamana sekalipun perangai dia, masih lagi adik aku n_n


So, tahun ni dia akan melalui SPM, all the best untuknya. Moga Allah mempermudahkan baginya untuk beroleh kejayaan.


Adik #3


Yang ini istimewa sedikit kerana sememangnya dia istimewa di hati kami. Muhammad Syafiq nama diberi, dilahirkan di Pulau Pinang tanggal 3 April 1995. Seorang yang istimewa. Allah sahaja yang dapat membalas jasa abah dan mak yang menjaga adikku ini, bagai menatang minyak yang penuh. Sungguh Allah amat mengetahui bahawa mak dan abahlah pasangan yang paling sesuai untuk menjaga adikku ini. Pendiam, rajin, dan penyayang. Dialah bintang di hati kami, ahli keluarganya. Along sayang Apik!


n_n


8 jejak ditinggalkan:

.::annemishi::. said...

heeey... sejak bila aku tak suka dipanggil hanis?
pandai2 jaa.
T.T

aku just tak suka orang eja my name anis. adeih~~

and..
aku tak kisah orang panggil aku hanis..

orang yg panggil aku anne/anneh tuh orang yg rapat ngan aku laa.

=__________________="

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

owh, ye ke...

tersalah re-call lah ni~ -_-"

ampun, bu, nggak disengajakan...

Salam Manaff said...

mintak maaf gak klu ada salah dan silap..
moga2 jiwa kita sentiasa dikuatkan oleh Allah.. \(^.^)/

Syaza Suraini said...

" Nur Syazadiyanah, adik ana yang riang berceloteh di alam maya (dan juga realiti n_n )"

" Perwatakan yang amat menonjol pada dirinya, hahah, satu je yang aku terfikir, banyak sangat bercakap sampai kadang-kadang tu naik angin gak abah ngan mak~ :p Tapi, macamana sekalipun perangai dia, masih lagi adik aku n_n"

hahahhaha. xD


"So, tahun ni dia akan melalui SPM, all the best untuknya. Moga Allah mempermudahkan baginya untuk beroleh kejayaan."

amiiiin. insyaAllah akan tawakal, bkn tawakul! xD

Syaza Suraini said...

all the best fil imtihan, ya akh!

albanaT said...

salam...

wahai sang musafir..apa kabaq imanmu??..

..lama nya aku x mengomen-ngomen org ni..rs gatai plak tgn..hehe..=)

kata exm..dan lg dia men blog no..xpa2....release tension bc blog ni..huhu..


aku tringt nk amik AWARD ku kat sini..thanx no..tp aku xtaunk wat gu mna award 2..almaklumla..aku ni xtere sgt IT2 ni..


ha..lg 1..ritu peutusan mai jauh ang kata...huhu..mmg...aku ni rs gembira klu kwn ingt aku...sbb dlu lg..slalunya aku yg ingt kwn..kwn aku semua hilang cam 2 ja..tgk2 nombor len depa tukaq ha..rs xdihargai..T_T..

k la no..GUD LUK..bittaudFIQ wannajah!!!..SYAHMI TERBAIk!!!

sikat said...

peh panjangnye

Hidayatullah said...

Perhatian.. Blog anda kini dalam pemerhatian budak2 KMB..hampir semua blog kmb-ians batch 08-10 ada dalam nh. so rajin2 la update blog anda untuk brada di tangga tratas..hua3

http://ib-08-10.blogspot.com/

p/s:kalau xske blog anda dipamerkan.. boleh bgtau saya dlm chatbox belah kiri blog.atau nk edit url pon bgtau kat dalam 2..atau nk tambah url blog kwn/anda..kat dalam 2 pown bleh bubuh..hu2