Salahkah aku memilih dia?

Wednesday, February 24, 2010


Assalamualaikum, buat para pembaca catatan Sang Musafir ini.


 

Sengaja Sang Musafir meletakkan tajuk yang boleh mengundang kontroversi n_n


 

Hari ini, dalam kesempatan yang singkat ini, Sang Musafir ingin berkongsi dengan pembaca sekalian sesuatu. Sesuatu yang seringkali mengganggu fikiran Sang Musafir. Buntu diri ini mencari jawapan, sesat dalam menemui jalan penyelesaiannya. Jadi, sebelum dibaca lebih jauh lagi, ingin Sang Musafir mengingatkan bahawa ada kemungkinan kalian yang membaca catatan hari ini akan turut bingung sepertimana bingungnya diri ini. Awas, kalian telah diberi amaran!




Izinkan Sang Musafir membahasakan diri ini sebagai 'ana' supaya lebih mudah untuk diri ini mengungkap kata dalam catatan ringkas ini.


 

Kebingungan bermula…


 

"To be or not to be", William Shakespear

Hidup ini tidak pernah terlepas daripada membuat pilihan. Setiap saat yang berlalu dalam hidup ini adalah adalah natijah kepada pilihan sesaat yang lalu, atau seminit yang lalu mahupun lebih lama dari itu mungkin. Pendek kata, setiap saat kita perlu membuat keputusan apabila diberi pilihan. Kenapa perlu mem'buat' keputusan? Kerana kita punya banyak pilihan (option, bak kata penghuni negara bersalji) dan setiap pilihan itu ada nilainya. Pilihan yang diberi bukan seperti pilihan untuk soalan aneka pilihan, hanya satu yang menyumbang markah sementara yang lainnya tidak bernilai. Setiap pilihan yang terbentang di hadapan kita ini ada nilaiannya tersendiri yang mana saat kita sudah membuat keputusan, nilainya terdapat pada pilihan yang telah kita pilih itu dan kita kehilangan nilai bagi yang lainnya, dan ini yang dikatakan opportunity cost. Baiklah, ana berikan contoh supaya ianya lebih mudah difahami:

Ana ada RM 5.00 di tangan. Antara pilihan yang ana ada:

  • Membeli makanan. Nasi Goreng Paprik KMB Food Court = RM 4.50 n_n
  • Membeli sebuah bahan bacaan.
  • Infakkan ke jalan Allah melalui tabung masjid.
  • Membeli hadiah untuk X ^_^
Sekiranya ana membuat keputusan untuk memilih yang ke-empat, maka bertambah mesralah hubungan ana dengan X tetapi hilanglah peluang ana untuk mengisi perut, atau menimba ilmu, atau beroleh pahala. Sekiranya ana membuat keputusan untuk memilih yang pertama pula, dapatlah ana mengisi perut yang sedang kelaparan ini tetapi hilanglah peluang ana untuk membaca sebuah buku yang mungkin dapat menajamkan minda, atau peluang untuk ana menyumbangkan harta ana membangunkan Islam, atau peluang untuk merapatkan lagi ikatan ukhuwwah antara ana dan X. Dan begitulah juga keputusan seterusnya dan ini hanya sebahagian daripada beratus-ratus bahkan lebih pilihan yang ana ada untuk menggunakan RM 5.00 tersebut.

Inilah keistimewaan yang diberi Allah kepada kita. Kita berupaya untuk memilih. Ikhtiar bak kata Abna An-Nil atau Khiar dalam istilah muamalahnya. Pokoknya, kita sentiasa berhadapan dengan pilihan dan mahu tak mahu, keputusan perlu juga dibuat. Persoalannya, betulkah apa yang dipilih itu?


 

Kisah yang memeningkan…


 

Sebentar tadi ana dijemput sahabat ana, Salam, untuk memberikan sedikit tazkirah usai solat Maghrib. Ana pula tidak bersedia untuk menyampaikan apa-apa. Lalu, ana teringatkan status Facebook yang baru ana hebahkan, "Dalam hidup ni, betul ke ada pilihan yang salah?" Maka mulalah ana berbicara mengenainya. Ana 'ter'keluarkan satu pernyataan yang membuat pendengar terpinga-pinga seketika, "Adakah kita salah membuat pilihan atau kita membuat pilihan yang salah?" Fahmi di belakang ana mengeluh "dah masuk TOK dah", Faqih di hadapan ana dah mengangkat kening sebelah, dan pendengar-pendengar yang lain tersengih sendiri, cuba menyembunyikan (atau menyatakan) kekeliruan. "TOK sikit," kata ana lalu dibalas Zubir, "Banyak kot!" Tersenyum ana sendiri, mungkin ana telah mengataakan sesuatu yang mengelirukan.

"Kita tak pernah salah dalam membuat pilihan. Apa yang dipilih, itulah yang dipilih, itulah yang kita akan lalui," terang ana cuba menghilangkan kekaburan di minda mustami'in. "Tetapi bagaimana kita menghadapi pilihan tu yang akan membuatkan pilihan kita itu betul atau salah," seolah menambahkan lagi kebingungan hadirin.




Maka di medan blog inilah ana akan cuba memperjelaskan apa yang kabur, to make it crystal clear bak kata orang putih.


 

Panadol barang sebiji dua…


 

"Adakah kita salah membuat pilihan atau kita membuat pilihan yang salah?"

Pecahkan kepada dua bahagian, ana ingin menerangkan pernyataan ana satu persatu.


 

"Salah membuat pilihan"

 

Sepertimana yang telah ana sebutkan tadi, kita tak pernah (maaf jika terlalu definite) salah dalam membuat pilihan. Persoalan seterusnya, kenapa pula begitu? Fikirkan kembali, adakah kita pernah memikirkan bahawa pilihan itu adalah salah saat kita mengambil keputusan? Tidak bukan? Kita mengambil keputusan atas apa yang dirasakan terbaik untuk diri kita. Hidup mesti diteruskan. Tak kira apa sekalipun pilihan kita, kita masih lagi berupaya untuk menongkah arus kehidupan sehingga ke hari ini, bukan? Sesungguhnya memang tidak ada salah dalam perbuatan 'membuat pilihan' itu. Salah betulnya pilihan itu tidak ditentukan pada perbuatan 'memilih' tersebut tetapi perbuatan setelah itu.

Oh, ya! Sebelum ana membawa perbincangan ini lebih jauh, harus ditetapkan dalam fikiran kalian bahawa ana meletakkan tumpuan yang lebih kepada pilihan yang lebih berkaitan dengan hal-hal duniawi, yang mana ia tidak banyak melibatkan 'aqidah secara langsung. Rujuk contoh RM 5.00 tadi.


 

"Membuat pilihan yang salah"

Jadi bagaimana satu-satu pilihan itu menjadi salah? Mari kita bincangkan bagaimana ia menjadi betul dahulu. Ana berani berkata bahawa setiap pilihan yang dipandu dengan Ilmu dan Iman sudah tentunya tidak bisa menjadi pilihan yang salah! Buatlah pilihan apapun, andai kita menempuh jalan yang dipilih itu dengan dipandu Iman dan Ilmu serta motivasi diri yang tinggi, sudah tentunya jalan itu tidak akan membawa kita ke arah keburukan atau kehampaan. Bagaimana reaksi kita terhadap pilihan kita itu yang akan men'jadi'kan pilihan itu betul atau salah. Ana berikan satu contoh:


 

Ana diberi pilihan untuk memilih kerjaya di antara:

  • Jurutera

  • Doktor
Ana memilih doktor sekalipun jiwa ana ini terasa lebih sinonim dengan seorang jurutera (tak perlu dibincangkan di sini, panjang ceritanya). Ana memulakan langkah ana untuk menjadi seorang doktor dengan semangat yang berkobar-kobar di KMB. Hampir dua tahun berlalu, banyak pula kepayahan yang terpaksa ana lalui, melunturkan semangat ana sehingga terkadang ana mempersoalkan kembali, "Betulkah apa yang aku pilih ni?" Sekiranya ana memilih untuk berhenti dan mengambil jurusan kejuruteraan pula maka teranglah bahawa pilihan yang sebelumnya adalah pilihan yang salah tetapi sekiranya ana masih lagi 'thabat' (^_^) di laluan kedoktoran ini, betullah pilihan ana ini.

 
Pencipta kita ada menyebut mengenai pilihan sepertimana yang difirmankan:


kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang Yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada Yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada Yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada Yang mendahului (orang lain) Dalam berbuat kebaikan Dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia Yang besar (dari Allah semata-mata).
~QS. Faatir, 35:32~

Berdasarkan ayat ini, Allah telah 'memilih' hamba-hambanya untuk diwariskan Al-Quran. Maka mana mungkin Rabb kita melakukan perbuatan yang salah! Lalu hamba-hamba yang terpilih inilah yang menentukan pilihan mereka seterusnya, reaksi mereka terhadap pilihan mereka untuk mewarisi Al-Quran.

Apabila dibincangkan dalam bab aqidah dan ibadah, terang lagi bersuluh yang mana salah dan yang mana betul walaupun kadang-kala khilaf ulama menambahkan lagi pilihan untuk kita (maaf, ia tidak mengaburkan seperti yang ana sebut sebelum ni, kesalahan pemilihan kata (n_n) ).


 

Terbaring mengenangkan masa lalu…


 

Nak dibincangkan pilihan ini, begitu banyak rasanya pilihan-pilihan besar yang telah ana lalui.

Ketika ana ingin meneruskan pelajaran ke tingkatan satu, ana ditawarkan pilihan untuk ke:

  1. SMSTSSS @ SOKSEK @ Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabuddin – sekolah lama ayah ana
  2. SMK (A) Al-Irshad
Akhirnya ana memilih pilihan kedua.

Natijahnya, dengan usaha ana di sana dibantu guru-guru yang sangat berdedikasi, ana beroleh 9A dalam peperiksaan PMR '05. Seterusnya, ketika hendak ke Tingkatan 4, sekali lagi ana terpaksa membuat keputusan:

  1. Kekal di SMK (A) Al-Irshad
  2. Berpindah ke SBP Integrasi Kubang Pasu
Ana memilih untuk berpindah.

Hasilnya, ana bertemu dengan teman-teman baru, menambah koleksi teman-teman yang sedia ada, banyak pengalaman baru yang ana terima dalam membiasakan diri menjadi seorang pelajar sekolah berasrama penuh dan di akhirnya berkat usaha diri ana dan guru-guru serta teman-teman, ana menerima slip keputusan SPM yang tertera 11 A1 1 A2.

Setelah keputusan diterima, terpaksa lagi ana membuat keputusan:

  1. Asasi Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (yang bagi ana satu permulaan yang baik)
  2. Kursus Persediaan ke Luar Negara di Kolej MARA Banting (yang tak pernah ana tahu kewujudannya sebelum ini!)
Ana memilih untuk merasa berada di negara orang.

Ana yakin, selepas ini akan ada banyak lagi pilihan yang akan memaksa ana membuat keputusan. Biar ia pelajaran mahupun peribadi. Memilih kerjaya mahupun memilih pasangan hidup. (n_n)


 

Rawatan Migrain…


 
Terkadang banyak keputusan yang terpaksa Sang Musafir buat. Kadang terasa seolah tak termuhasabah pilihan-pilihan yang diambil Sang Musafir itu. Segalanya telah berlalu, yang tinggal sekarang adalah tawakkal disertai dengan kesediaan Sang Musafir untuk menerima sebarang natijah daripada keputusan yang dibuat itu… Perlu sentiasa diingat bahawa setiap yang berlaku adalah di bawah kekuasaannya dan segala yang berlaku juga adalah yang terbaik untuk diri Sang Musafir sendiri...

8 jejak ditinggalkan:

Muiz Nasrallah said...

khilaf ulama mengaburkannya?

Saya sentiasa berpegang kepada satu nasihat ulama', “BIARLAH HASIL DARI PERBALAHAN ULAMAK ITU KAMU MENDAPAT ILMU”.

Peace! ^_^

fityatun_syakirah said...

faham2...=)
cma x paham TOK tuh hapa...
maaflah kalo sebelum ni ada penjelasan TOK tuh apa..sebab ana agak bz dengan byk program kat sini...
dunia uia n dunia KMB berbeza..~masing2 ada kelebihan...bila memilih salah satu..jgn melihat kelebihan yg satunya..=)

nObLe said...

hmmm...sbnrye org pon ad terpikir ttg jln idop yg dipilih nie btoll ke x...ditmbh pulak dgn mcm2 problem yg timbol lps org pilih jln nie,,,..but then,.tringat kate2 my Lord...ad berita gembira yg akn dsmpaikn utk org yg brsbr...there4,..org pon cnfidnce kn diri bhw ad suprise yg Allah nk bg.....so,sbr nabilah..jln ni x slh...there is s/ting waiting for you....
*hoping for the suprise* ..hehehe...

nice blog syahmi!!..thumbs up!!..kipidap!!...^-^

~ nabilah ikhlas 06/07 ~

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

to Muiz Nasrallah:

Afwan, ana tersilap di situ...
bila menulis dalam kekangan masa dan tugas...
kadang terlalai...

dah pun dibetulkan...

Jazakallah, akhi!

(^_^)

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

to fityatun_syakirah:

hahah...
ana jangkakan ramai yang akan terkeliru atau kurang faham...
Alhamdulillah.

Heheh, TOK tu istilah masyhur di KMB. Subjek yang paling sukar untuk digarap ilmunya: Theory of Knowledge a.k.a. kelas falsafah...
n_n

hmm...
mungkin tu salah satu cara untuk kita sentiasa melahirkan rasa syukur...
jangan perkecilkan pemberian Allah...

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi said...

to nObLe:

wah, dah start blogging dah!
n_n

masing-masing dari kita mengharapkan sesuatu daripada apa yang kita lalui...
tapi benda yang baik tak akan datang secara percuma...
setiap titik peluh kita dalam menghadapi kesusahan, itu adalah bayaran bagi memperolehinya...

tak kira apa sekalipun pilihan kita, di mana ada usaha, di situ akan ada hasilnya...

Jadi, insyaAllah, kejayaan menanti bagi orang yang berusaha!
Chaiyok2, kak Bee!
(^_^)

.anis. said...

hmmm...

actly,tak akan ada jalan salah untuk dipilih sebenarny.
everything happens for reasons kan?

so,tetap dan yakin lah semua tu ada hikmahnya kan?

jangan la dilema sangat or keep thingking "adakah pilihan aku dah salah ni"...

myb if kita pilih satu lagi pun,still..kita tak dapan lari dari fikir benda yang sama kan?

gud luck k?!
teruskan jadi doktor tu.jangan la lemah semangat.syahmi yang aku kenal kental kot. :)

Atikah Nur Dzulkhefli said...

teringat nasihat cikgu englishku,puan nora azani...setiap hari kite wat pilihan n the choice is in our hand..kite yg wat pilihan nk wat tajuk ee ape,nk pilih sape advisor,nak pg consultation ke tak...so,stop blaming others kalu kite rase mcm ee tu menjelekkan..haha..sory nawh,lari dr topik sikit..tapi,ape yg nk cube disampaikan samela mcm syahmi..kite tak pnh wat plhan yg salah..cume cara kite mghadapi pilihan tu yg tentukan salah ke btol..jom berdoa pada Allah semoga kite sentiasa mendapat yg terbaik samada dr segi career ataupon psgn hidup ataopon mcm2 lg..aminn.. :)