Assalamualaikum wassalamu 'ala man tabi'al huda!
So, ada apa sebenarnya dengan 14 Februari?
Hari yang sangat istimewa buat keluarga berahli 7 di Pulau Pinang ni....
Menyambut insan yang amat aku sayangi, setelah Allah dan Rasulullah...
Apa lagi kalau bukan Hari Lahir ibuku yang tercinta!
Selamat Hari Lahir, Mak!Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeqi, dan sentiasa dipermudahkan urusan & diredhai Allah hingga ke akhir hayat!
OK, kalau sesape yang terfikir aku nak sambut Hari Pak Cik V'tine, buang jauh-jauh la fikiran tu...
Tak ada keje aku nak meraikan sambutan terlaknat tuh!
Bagilah hujah apa pun, Islam dah terang menjelaskan melalui hadith junjungan kita S.A.W.:
من تشبه بقوم فهو منهمBagi aku sepuluh sebab, tak, tiga pun dah cukup dah tak pun satu je, kenapa aku kena ikut apa yang dilakukan oleh manusia-manusia yang tidak menurut ajaran Islam, ketika aku berada dalam kesedaran bahawa Islam adalah Ad-Deenul Haq - Gaya Hidup yang Benar? Kenapa? Islam tak ajar ke kita berkasih sayang?
Terjemahan: Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka
Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.
"Sesungguhnya para mukminin itu bersaudara, maka perbaikilah (hubungan) antara mereka, dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu dirahmati"
~Al-Hujuraat, 49:10~
"Tidak (sempurna) iman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya"
~Hadith 21, Arba'in Nawawiyah~
Islam mengajar kita untuk saling mengasihi sesama saudara kita. Tidak pula diajar kita berkepit dengan bukan muhrim sebab dah terang lagi bersuluh impaknya - sebelum, semasa dan akan datang.
Banyak lagi aku nak berceloteh ni, tapi tunggu la aku balik nanti. Nak ziarah rumah mak saudara. k.
--------------------------------------------------------------------------------

Sebelum aku sembang jauh lagi, let me make some things clear...
OK, berkasih sayang.
Islam tak ngajar camna nak berkasih sayang antara suami isteri ke?
Camna nak bergurau senda, mengeratkan hubungan dalam rumah tangga?
Pehal lak mamat ni cakap pasal laki bini ni?
Hahah, fikirkan baik-baik, inilah yang membezakan Islam dengan yang lainnya...
yang diikut-ikut manusia zaman sekarang ni...
generasi Y la katakan~
apa yang tidak Islam ajarkan kepada pengikutnya?
"... Pada hari ini, telah Ku sempurnakan untuk kamu Jalan Hidupmu..."
~Al-Maidah, 5:3~
"Sesungguhnya Jalan Hidup di sisi Allah ialah Islam!"
~Ali Imran, 3:19~
Islam mengajar, hubungan yang lahir antara seorang teruna dan dara...
di akhirnya akan diikat dengan tali pernikahan...
itu kalau mereka serius dalam hubungan tu...
Serius?
Berdasarkan pemerhatian aku, couple yang banyak kat luar sana tu...
geng2 yang kebuluq nak berkepit...
jauh daripada serius!
Teringat aku masa aku duk jalan-jalan kat Times Square ngan ASA (Y1) & Amir (Y1)
sementara menunggu bas yang dijadualkan bertolak pukul 11 malam, ari Jumaat lepas...
banyak betul couple, ya, bersepah!
Cina, aku tak kesah...
Korang ngan agama korang, aku dengan agama aku...
tapi yang aku sedihnya, tak kurang galaknya ngan diorang...
Mat-mat dan minah-minah yang sama bersepah gak situ...
Muka-muka baru cecah baligh ...
tangan si Mat dah merata meraba pinggang si Minah....
nasib baik aku tertinggal kamera aku dalam loker...
kalo tak, dah lama aku dedah cam 360!
Sedih
Kasihan
aku nak panggil diorang 'mangkuk hayun bertingkat' pun rasa macam tak patut...
sebabnya, bagi aku, mereka ni mangsa keadaan...
mangsa Ghazwul Fikr (Serangan Minda) yang rebah tanpa berpeluang mengangkat senjata...
yang bertempur tanpa sebarang persediaan untuk menghadapi musuh...
fikir-fikir balik, begitulah...
bila 'yang sedar' tak menjalankan tugas (nota untuk diri sendiri)...
sedang Allah dah beri peringatan:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung."
~Ali Imran, 3:104~
ya Allah, bagaimana kiranya ummat ini akan berhadapan denganMu nanti...
Aku bertambah-tambah hairan dengan keadaan umat sekarang ni...
bila aku terbaca satu petikan akhbar...
satu golongan berkempen...
mengajak pelajar-pelajar IPT...
menyambut Hari V'tine tanpa seluar d***m...
ke mana hilangnya maruah manusia di zaman ini?
sebagai penutup
mengutip komen Syamil Che Eliaziz pada status aku di Facebook
"aku jamin..bulan 12 ni..bnyak kes buang anak! :D"bila hati sudah mati,
perkara luar biasa menjadi biasa...
tiada lagi sensitiviti, tiada lagi tamadun....
mereka yang tidak berpegang teguh kepada apa yang digelar
The Best Way of Life
adalah mereka yang tidak memahami erti ber'tamadun'!



8 jejak ditinggalkan:
wah, tu gmbar emak hg time bayi ka? ka gambaq hg??
comel kot!
Ya! valentine day xperlua ada pada minda muslim! thnaks syahmi, baru aku nak post pasai bnda ni. hg da post, xpala.
semua inginkan psngn yg soleh/solehah..
dan dalam perjalanan ke arah tu, dalam sepanjang perjalanan perlu dihiasi dengan segala yg baik2..
supaya iA di akirnya suatu pengakhiran yang baik.. :D
p/s: tgk amin rox..tak sambut valentine pun bley bahagia~ ^_^
salam...
adakah d sini tempat untuk pekena amin rox?huhu...(^_^)
tol tu akmal..amin bley je bahagia tanpa sambut velentine..(^_^)
nway..takkan la sehari je nk appreciate kekasih..patutnyer hari2 merupakan hari kekasih...
sungguh menghairankan mengapa mereka sangat mengagungkan hari kekasih ni...bukannyer dapat cuti pun..
untuk pengakhiran yang baik (bak kata akmal) perlu kepada permulaan yang baik juga...
to Amin:
heheh, tu gambar mak aku la...
kalo mak aku comel, apatah lagi anak-anaknyer, heheh
^_^
takpa la kalo ang nak buat...
lagi ramai lagi baguih...
lagi banyak saluran membaca...
to Akmal:
aku quote apa yg Mak aku letak kat status Facebooknya:
"Buat ingatan diri sendiri dan rakan-rakan....Janganlah mengharapkan pasangan kita seperti Rasulullah jika kita tidak seperti Saidatina Aisyah,janganlah mengharapkan pasangan kita seperti Saidina Ali jika kita sendiri tidak seperti Siti Fatimah..........."
zaman sekarang ni, nak mencari pasangan yang solehah tu aku rasa ibarat mencari permata di celahan kaca, like finding a needle in haystacks~
to ...zUlaIkHA...:
hahah, di mana ada Amin, di situ ada Akmal...
di mana ada Akmal, di situ Amin kena~
ye ke? =_="
mereka nakkan hubungan mereka dengan kekasih yang belum halal tu diiktiraf...
maka inilah jalan yang dah disediakan syaitan-syaitan (jin & manusia) untuk mereka...
Ummah akhir zaman...
syahmi..bezday mak hang same ngn bezday arina diyana..my clasmate..hik2..saje nak bitau..newez,sayangilah mak anda dengan tidak bwk kete mcm kl drift(laju bangat smpy melayang2)...hahaha...kelajuan membunuh..msg ikhlas setelah bace aminnye latest post..hahaha..
yup,smoge kite dikurniakan jodoh yang terbaik untuk kite di dunia dan akhirat..amin..
Allah dah beri jalan pilihan utk hambanya. Apa yang pasti, Allah sedikitpn xkan rugi jika hambanya tak mahu ikut perintahNya. Tak laen dan xbukan, manusialah itu yang memerlukan Islam. Siapakah manusia? KITA semua ye....
6:120
'Dan tinggalkan dosa yang terlihat ataupun yang tersembunyi. Sungguh, orang2 yang mengerjakan(perbuatan) dosa itu kelak akan diberi balasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan'
4:31
'Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar diantara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan2 dan akan Kami masukkan kamu ke tempat mulia(syurga)'
p/s : nice post, Syahmi :)
Post a Comment