Pasti akan kutunaikannya...

Alhamdulillah, setelah berminggu-minggu aku bergelumang dengan tugasan-tugasan yang datang bertali arus bak Sungai Kelang selepas hujan, bertemu juga aku dengan sedikit masa untuk diluangkan di alam maya ini, berkongsi satu lagi kiriman untuk kita fikirkan bersama. Selesai sudah tugasan Extended Essay, TOK Presentation (walaupun perlu diulang), Indivual Oral Commentary (Malay - & tidak dapat aku ceritakan betapa teruknya prestasiku) tetapi masih ada bermacam-macam lagi tugasan yang tidak pernah jemu bertandang di to-do-list ku. Ditambah lagi dengan tekanan peperiksaan yang semakin hampir dan tanggungjawabku terhadap kelabku. Di akhirnya, aku terpaksa menahan diriku daripada melayari laman-laman yang tidak mendatangkan faedah terhadap tugasan-tugasanku. Ah, hidup memang tidak pernah tenang, jika aku yang tidak menenangkan diriku. Kini, ketika aku sedang menaip ini, aku mengorbankan sedikit masaku yang seharusnya aku gunakan untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang masih berbaki tetapi kerana aku rasakan perlu bagiku untuk menulis entri ini, InsyaALLAH, aku punya masa untuk menguruskan tugasan-tugasan itu nanti. Panjang pula celotehnya. Baiklah, seperti kata orang putih, let's get back to business!


"Kini aku mengerti, cinta dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama." Kata Maria kepada Fahri di atas deathbednya, babak akhir, Ayat-ayat Cinta (Filem)


Ia yakin jodohnya telah ada, telah disiapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maka ia tidak perlu risau. Jodoh adalah sebahagian daripada rezeki. Rezeki seseorang sudah ada bahagiannya. Dan bahagian rezeki seseorang tidak akan diambil oleh orang lain. Begitulah yang terlukis dalam fikirannya. Maka ia merasa tenang dan tenteram. ~m/s 93, Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1) karya Habiburrahman El Shirazy, Percetakan Zafar Sdn. Bhd.~

Aiseh, tak ada tajuk lain ke nak bincang? Balik-balik benda ni. Macam dah tak ada isu lain nak dibincangkan. Maka firman Allah,


Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.

~QS. Adz-Dzariyat,51:55~


Jadi kenapa tajuk ini? Kerana pada hematku, diusia sebegini, saat darah muda yang panas sedang mengalir, maka tidak dapat dipisahkan remaja dengan desakan untuk menurut fitrah perasaannya, fitrah untuk berpasangan dengan yang berlainan jantina. Lewat ini, aku menyedari betapa menekannya keadaan ini, dan bukanlah aku menulis entri ini untuk menghalang mereka yang ingin melakukannya. Ya, manusia tidak dapat lari dari fitrah yang diciptakan untuknya. Tidak perlu untuk kita menafikan fitrah yang dikurniakan Sang Pencipta, menjadikan ciptaannya sebaik-baik ciptaan, melengkapi ciptaannya - (Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya) ~QS. At-Tiin, 95:4~). Buruk lagi mereka yang menentang fitrah ini. Sedang aku juga tidak dapat lari dari perasaan ini.

Aku bukanlah Love Guru, bukan juga seorang yang menolak kenyataan bahawa perlunya pasangan sebagai pelengkap hidup, sebagai penenang nakhoda tatkala layar bahteranya semakin rapuh dan hampir patah tika melayari lautan kehidupan yang ombak dugaannya ganas memukul. Ya, lambat-laun aku juga akan di'pasang'kan tetapi entri kali ini bukanlah untuk aku bawa kalian ke arah itu. Entri kali ini hanya sebagai sedikit luahan hatiku, responseku terhadap isu yang semakin hangat, lebih-lebih lagi di persekitaranku, di KMB.


Takrifku terhadap Cinta

Ini adalah takrifanku dan bukan dari mana-mana kamus unibahasa mahupun dwibahasa. Ia takrifan yang lahir dari pemerhatianku dan tarbiyyah yang ku terima selama mana yang aku mampu ingat. Dan aku merujuk kepada quote yang pertama aku sertakan bersama entri ini. Cinta dan keinginan untuk memiliki. Dua perasaan yang hampir sama tetapi pada hakikatnya dua perkara yang amat berbeza.

Pertama sekali, ingin aku mengajak kalian supaya kita mebincangkan "keinginan untuk memiliki". Sepertimana terteranya di situ perkataan "keinginan" maka di sini aku suka untuk mengaitkannya dengan "nafsu". Anak kecil yang inginkan sesuatu permainan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Dia akan menangis meminta dibeli jika si ibu atau ayah tidak mahu membelinya. Jika itu tidak berhasil, dia akan menangis lebih kuat lagi, menghentak-hentak kepala, disepak-sepaknya rak mainan tersebut kerana inginkan permainan itu (ring a bell? It does for me!). Maka apa perkaitannya? Nafsu akan mendorong kita untuk melakukan apa sahaja, dan keinginan untuk memiliki ini juga akan mendorong kita melakukan apa sahaja untuk memastikan si dia terpikat dengan kita. Di akhirnya, si anak kecil itu, setelah bosan dengan permainan yang diperolehnya, maka ditinggalkannya berhabuk di dalam kotak mainan bersama mainan-mainan terdahulu. Begitu juga akhirnya hubungan yang didorong "keinginan untuk memiliki", setelah puas merasa seronok berpasangan dengan si dia, hanya sedikit stimulus diperlukan untuk dijadikan alasan meminta putus, "I want a break up!". Hubungan yang didasari nafsu tidak akan kekal. Bak kata pepatah melayu, "Habis madu, sepah dibuang." Boleh juga aku katakan di sini, saat manusia di sekelilingnya sedang galak berpacaran, timbul rasa di hati inginkan seorang pacar, maka itu juga boleh kumaksudkan dengan "keinginan untuk memiliki".

Seterusnya kita ke pokok perbincangan kedua, cinta. Jika kita menurut kepada tafsiran cinta menurut sabda Rasulullah S.A.W.,


Daripada Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a. menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian, sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

(Bukhari & Muslim)

Maka di sini kita dapat melihat dengan jelas tafsiran cinta atau "Ahabbah" yang dijelaskan insan mulia lagi agung, Muhammad S.A.W. Jadi bagaimana kita mencintai diri kita? Jika kita berdepan dengan pilihan untuk melalui jalan yang penuh rintangan lagi bahaya dan kita mampu mati atau paling kurang merana seumur hidup, dan jalan yang aman dari sebarang onak duri dan kebahayaan yang akhirnya akan menuju ke destinasi yang sama dengan pilihan jalan yang pertama, sudah tentu kita akan memilih jalan yang kedua bukan? Jadi apa perkaitannya? Maka cinta itu definisinya adalah menginginkan kebaikan, maka mencintai diri kita adalah menginginkan yang terbaik buat diri kita dan memelihara diri kita dari sebarang perkara yang akan mendatangkan perasaan tidak senang. Jika ingin dikaitkan dengan "cinta" yang kita bincangkan sekarang ini, maka tidak jauh beza maknanya. Apabila kita mencintai seseorang, maka kita inginkan yang terbaik untuk dirinya dan melindunginya dari sebarang perkara yang melukakannya secara zahir mahupun batin. Itulah CINTA jika dibandingkan dengan "keinginan untuk memiliki" yang hanya mendatangkan kepuasan buat satu pihak tanpa menghiraukan tangungjawabnya terhadap pihak kedua.


Notaku buat si lelaki yang cuba mejadi sejati

Mungkin aku sedikit kasar tetapi itulah hakikatnya. Jika kalian jantan-jantan yang berada di luar sana yang sudah berani untuk mengambil jalan ini, memulakan hidup bersama pasangan tanpa ikatan yang sah, maka beringatlah, Islam tidak mengajar umatnya untuk bermain-main. Kita sebagai muslim punya tujuan dalam menghadapi hidup di dunia ini dan setiap perbuatan yang kita laksanakan perlu diingat, di akhir nanti akan dinilai oleh seadil-adil Hakim (Ahkamil Hakimin). Hidup ini penuh ujian dan kita memang perlu kepada hiburan tetapi dengan mencari pasangan, bukan itu caranya. Si dia yang kita ikat bermacam-macam janji, pelbagai sumpah setia, bukanlah bahan untuk dijadikan alat penghibur semata-mata. Maka firman Allah,


Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman. ~QS. Al-Baqarah, 223~


Nah, satu peringatan daripada Yang Maha Pengasih buat kita para lelaki sekalian. Bukanlah untuk aku bincangkan hal di kamar beradu, tetapi membincangkan ayat ini dari perspektif perbincangan kita. Pasangan kita adalah ladang bagi kita. Jangan kita gunakan kebun itu untuk menyemai benih-benih maksiat yang akhirnya merugikan dan mensia-siakan perbuatan-perbuatan kita selama kita bersama dengan si dia, tetapi jadikanlah ia kebun yang membuahkan hasil yang menguntungkan diri kalian. Hubungan menurut Islam bukanlah untuk kepuasan duniawi sahaja tetapi akan mendatangkan kebaikan buat diri kita dan pasangan kita di akhirat kelak.

Maka di sini, buat teman-temanku khususnya, aku ingin mencabar dan mengikat janji dengan kalian. Datangkanlah kad perkahwinan yang tertera padanya namamu dan pasangan yang sedang kamu hangat mengikat hubungan sekarang dan jika nama pasanganmu tidak seperti apa yang aku ketahui sekarang ini, terima kasih sahajalah atas undangan kenduri perkahwinan itu, mungkin di lain hari sahaja aku ziarahimu dan pasangan 'baru' mu itu. Ada berani menyahut cabaran ini? Harap kalian faham, aku mencabar kalian atas dasar melihat keseriousan kalian dalam membina hubungan dengan si dia yang kalian tergila-gilakan itu, bukan sekadar terbatas semasa di medan pengajian kita sekarang ini sahaja. Jika kalian tidak berani menyahut cabaranku ini, akan kukhabarkan kepada si dia tentang ini! Jika kalian tidak berani menyahutnya, tidak perlulah kalian menambah lagi timbangan amal buruk yang belum tentu lagi lebih ringan daripada amal kebajikan kalian itu. Tambahkan lagi ilmu di dada itu sebelum kalian benar-benar memahami tanggungjawab kalian dalam membina jambatan bahagia kerana kita bakal memikul tanggungjawab yang AMAT berat.

Kasihmu Amanahku - In-Team

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


Sedikit kata-kata buat si permata dunia

Wanita, kalian telah diangkat oleh Islam ke darjat yang tinggi sekali. Jadi, janganlah kalian merendahkan kedudukan kalian itu. Jadilah permata yang paling berharga, yang tidak disiarkan di khalayak ramai, tetapi disimpan dan dijaga, menunggu hanya si jauhari yang tahu betapa tinggi nilai kalian untuk menjagamu selayaknya. Janganlah jadi buah yang masak berisi isi yang terbaik tetapi menggugurkan diri kalian dari tempat kalian, hanya untuk dimakan dan akhirnya dibuang setelah puas dijamah.

Keroncong Kasih Sayang -UNIC

Jangan mudah melafaz kasih,
Kasih itu pada siapa?
Jangan mudah melafaz sayang,
Sayang itu untuk siapa?
Jangan mudah melafaz cinta,
Cinta itu pada Yang Esa
Cinta bunga,bungakan layu,
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang di hati,
kasih sayang yang hakiki
Kasih yang di cari
Moga Allah meredhai
Cinta yang dihati,
kasih sayang yang hakiki
Kasih yang di cari
Moga Allah meredhai

Cintakan Allah dan RasulNya
Suburkanlah di dalan jiwa
Sayang-sayangi keluarga kita
Moga hidup aman bahgia
Jiran tetangga hormat-menghormati
Sesama manusia kita berbakti

Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Illahi Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Illahi

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi


Aku bukanlah seorang yang layak untuk menasihati kalian. Aku tidak cukup pengalaman untuk mendalami perasaan insan-insan yang berlainan jantina denganku. Buatlah penilaian dengan baik, adakah dia yang sememangnya tempat untuk kalian menumpahkan kasih sayang kalian kerana hubungan "kedua" bagi kalian tidak semanis hubungan sulung kalian.


Pengalamanku

Aku fikir mungkin inilah masa untuk aku berkongsi sedikit kisahku, setelah tergendala berbulan-bulan yang lalu tetapi kali ini aku kurangkan perisanya. Sepertimana insan-insan lain, aku juga punya jangka masa jahiliyahku. Seawal Tingkatan Dua, aku sudah mengikat hubungan. Apa yang bermula dengan hanya gurauan akhirnya menjadi hubungan perasaan. Tetapi aku adalah aku. Aku bukanlah jenis yang bergaul dengan orang lain, aku bukanlah seorang yang peramah. Hubungan kami terbatas di hati sahaja. Mungkin berutus surat sepucuk dua dan akhirnya terlerai begitu sahaja. Inilah yang dikatakan "cinta monyet" bagiku. Seronoknya bukan main saat hati dan mata saling berhubung. Tetapi dek dipisahkan, aku ke kelas yang lain, hubungan terlarut begitu sahaja. Aku mencuba nasib untuk mulakan dengan pasangan baru, di kelas yang baru itu. Lain pula jadinya. Yang dikejar tak dapat, tak ada yang dikendong, yang lain pula datang kepadaku. Maka aku tinggalkan kisah cintaku di situ dengan harapan untuk memulakan hidup dengan identiti baru apabila aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Aku tidak dapat lari daripada perasaan ini, aku cuba untuk mulakan lagi. Tetapi kisah ini tidak berkembang. Perasaanku terbatas di hati, diluahkan dengan SMS sahaja tanpa ternyata sebarang hubungan perasaan. Dan kini, aku di KMB memulakan azam baru untuk tidak lagi bermain perasaan. Aku menjadi tegas apabila berhadapan dengan perasaan ini. Aku tidak mahu mulakannya, tidak, bukan di sini. Biarlah tempat ini hanya menjadi medan perjuanganku untukku mengejar kerjayaku dan juga menjadi medan mengejar kejayaan ukhrawi. Aku mengambil pendirian untuk menolak sejauh-jauhnya segala apa yang ada perkaitan dengan perasaan ini, aku tidak ingin membicarakannya secara mendalam. Terkadang hati ini mudah sahaja terusik. Ya, aku ini manusia. Tidak aku nafikan perasaan ingin dipasangkan itu tetapi sekarang bukan masanya.


Pendirianku

Bagiku, mencari pasangan bukan hanya untuk aku berseronok berkongsi cerita, berbalas SMS, berbalas senyuman. Bagiku, pasanganku adalah seorang yang aku ingin hidup bersamanya, menempuh kepahitan dan kemanisan hidup bersama, yang berupaya untuk mengembalikan semangatku di kala diri dihimpit kesusahan. Aku inginkan pasangan yang berupaya memahamiku sedalam-dalamnya. Menyahut seruan baginda Rasulullah S.A.W. dalam memilih wanita, aku inginkan wanita yang dihiasi agamanya. Tidak dinafikan, kecantikan juga aku inginkan. Aku inginkan pasangan yang bukan sahaja mampu membantuku dalam hal zahiriyah mahupun emosiku, bahkan bersedia untuk bersamaku dalam menempuh jalan dakwah yang penuh liku ini. Aku inginkannya yang berupaya mengingatkanku tika aku terlupa, mengembalikan semangatku tika aku dihampakan, menjadi teman terbaik bagiku berkongsi masalah. Itulah ciri-ciri pasangan idamanku. Doaku buatNya, dikurniakan pasangan hidup yang sedemikian rupa, Amiin. Dan aku juga harus persiapkan diriku. Tugasku sebagai lelaki bukanlah berlenggang. Aku perlu persediakan diriku untuk menghadapi "hari-hari itu".


Kesimpulan

Kita kembali kepada firman Allah,

Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

~QS. Al-Israa', 17:32~


Inilah yang sering diulang. Berpasangan tanpa ikatan yang sah itu sahaja sudah menjadi perbuatan yang menghampiri zina. Allah tidak berfirman "Janganlah kamu melakukan zina" tetapi "Janganlah kamu menghampiri zina". Kalian pilihlah jalan yang ingin kalian lalui.

Tanyalah diri kalian, apakah si dia itu benar-benar untuk kalian? Nilai kembali hubungan kalian, apakah didasari nafsu atau cinta kerana Allah? Apakah si dia yang kalian mohon daripada Yang Maha Pengasih? Terdetikkah di hati kalian bahawa pasangan kalian ini adalah kurniaanNya, untuk dibawa hingga ke alam rumahtangga? Apakah si dia dapat membawa kalian ke pintu syurga yang dijanjikan ALLAH, atau hanya sekadar untuk keseronokan di dunia sahaja? Lu pikir la sendiri!

Khas buat adik!

Assalamualaikum!

Lama dah aku tak menaip. Kerja-kerja yang datang bertandang tanpa jemu, jenuh aku melayan tetamu-tetamu kehormat ni.

Kalau aku boleh buat macam ni, senang hidup aku!

Hari ni aku cuma nak buat satu simple post.

Khas buat adik bongsuku!

Sori, dik! Bukan along lupa, alarm dah berbunyi-bunyi dah, tapi x sempat nak wish apa2!

1: Aduh, apsal ko tak ingatkan aku?! 2: Aku pulak?!

So, Happy Belated Birthday! Selamat Hari Lahir! Moga membesar dalam kesedaran untuk berbuat kebajikan!

Nak hadiah, meh datang bilik along!


Syabil (adik) - Baju biru muda sebelah aku~

InsyaAllah, aku akan bawakan satu lagi isu yang sedang berngiang-ngiang di kepalaku. Bila? Biarlah masa yang menentukannya~


Firman Allah;

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu."

QS. Muhammad, 47:36

Mata Hati Mereka Masih Celik...

Sarapan di Dewan Selera MAB

Alhamdulillah, semalam aku dan teman-teman seperjuangan telah selesai melaksanakan Mabit di Brickfields, KL setelah mendapat jemputan daripada akhi Azri. Pengalaman berada di sana, walaupun hanya semalam, memberikanku kesan yang mendalam. Mabit kali ini bagiku bukan sekadar Mabit yang biasa. Seribu satu pengajaran yang terkandung di dalamnya, biar yang tersurat mahupun yang tersirat.

Pelajar-pelajar MAB: Nizam (baju pink), Nazrul, & Shahril Azri. Ammar (baju biru - pengisi)


Perjalanan kami bermula sekitar jam 6.15 petang setelah mengisi perut di KFC (KMB Food Court). Nazrul yang mengadu kelaparan mendesak aku ke sana. Kami bertolak ke perhentian bas menuju ke Alamanda. Tiba di Alamanda, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Seni dengan bas sebelum ke KL Sentral menaiki Putra. Tiba di pasar seni, kami berhenti sebentar memberi peluang kepada yang berpuasa untuk berbuka secara rasminya. Sedang kami menunggu tren Putra, Azri menghantar mesej mengatakan dia sedang menunggu di surau KL Sentral. Sebaik tiba di surau KL Sentral sekitar jam 8.30 malam, kami terus menunaikan solat dan kemudian menunggu beberapa orang lagi dari PASUM, UTM, UiTM sebelum bergerak ke tempat yang ingin dituju. Azri menjadi pemandu jalan kami. Sempat juga kami bertemu dengan Hisham (Sham’s Tech) bersama dengan ‘runner-runner’nya yang baru pulang dari Low Yatt membeli printer baru (bisnes makin maju nampaknya!). Akhirnya kami tiba di tempat yang dituju. MAB - (Malaysian Association for The Blinds). Kenapa kami ke rumah orang buta? Haa... Yang sebenarnya, Azri juga seorang yang cacat penglihatan tetapi dia baru sahaja menjalani pembedahan mata. Tapi tujuan aku menaip kiriman kali ini bukanlah untuk menceritakan pengalaman aku sepenuhnya.

Pengisian Subuh oleh Salam (baju putih - pelajar KMB)


Inilah kali pertama aku berada dalam komuniti warga yang cacat penglihatan. Walaupun pada awalnya aku sedikit kekok, sedikit demi sedikit aku berupaya membuka ‘mata’ku untuk melihat lebih dari apa yang ‘terlihat’. Melihat sendiri keakraban yang terjalin antara warga MAB menyentuh hatiku. Aku melihat mereka gembira, seperti pelajar-pelajar asrama biasa, dengan senda-gurau mereka. Inilah hakikat yang mungkin aku ter’buta’kan diriku dari melihatnya sebelum ini. Mereka tidak ada bezanya dengan kita yang ‘celik’ ini. Mereka mungkin punya kekurangan tetapi mereka juga punya banyak kelebihan. Allah itu Maha Adil. Satu malam berada bersama mereka memberikan aku peluang untuk mendalami apa yang dilalui mereka di samping membina jambatan ukhuwwah sesama kami.

Pelajar KMB & Pelajar MAB

Nazrul & Nazrul


Dalam kesunyian malam, aku berfikir sejenak. Siapa yang ‘buta’ sebenarnya? Memikirkan kembali keadaan masyarakat sekarang, aku merasa malu untuk berada bersama dengan mereka yang tidak berupaya melihat dunia ini. Terfikir aku akan keadaan hatiku ini yang kotor. Kotor disebabkan oleh setiap pandangan yang ku lepaskan ke dunia ini. Mereka yang mendakwa diri Islam tetapi kafir pada amalnya. Pemakaiannya, perangainya, jauh lebih teruk daripada mereka yang tidak mengenal langsung apa itu Islam.

“Kami pakai macam ni, kami buat macam ni pun, hati kami still baik,” kata mereka. Hah, think again.

Sabda Rasulullah S.A.W.,
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada
seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan
apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah
hati.


Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim
Hadith no. 6 daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi

Ada terasa? Sesungguhnya hati yang baik akan memancarkan segala yang baik, baik dari segi amalan bahkan baik juga penampilan diri.

Sedih. Kembali memikirkan mereka yang punya mata yang sempurna untuk melihat tetapi buta mata hatinya. Inilah masalah yang mengancam masyarakat yang ‘celik’ ini. Betapa mereka sering sahaja menafikan kebenaran yang dibawa kepada mereka. Syari’at yang disampaikan tidak bertapak di hati mereka. Jadi, apa yang mereka ‘lihat’ sebenarnya? Ditambah lagi dengan masalah mereka yang sudah sedia ‘buta’, cuba mem’buta’kan mata hati orang lain.

Firman Allah,

Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai. ~Al - A’raaf, 7:179~

Nah, kecaman yang jelas lagi nyata daripada Pencipta sekalian alam. Bukalah mata, bukalah mata hati itu.

Kecewa. Melihat sikap-sikap mereka yang membawa gelaran Islam tetapi dek kerana buta mata hati, sewenang-wenangnya merosakkan syariat-syariat yang ditetapkan oleh Al-Hakim. Mereka yang mendakwa diri mereka membawa kebaikan buat Ad-Din yang Syumul ini tetapi pada masa yang sama membawa @ tidak menghalang segala macam yang bertentangan dengannya, bahkan menghancurkan lagi keindahan yang dibawa Islam. Sekalipun ditegur, mereka masih berlagak sombong seolah-olah mereka tidak punya sebarang cacat cela. Bagaimana kita ingin kembali mendaulatkan Islam jika keadaannya begini?

Maka (fikirkanlah) Adakah orang Yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang Yang menjalankan peraturan Yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadaNya, atau sebaliknya) ? kerana Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa Yang dikehendakiNya, dan ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya. oleh itu, janganlah Engkau membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa Yang mereka kerjakan.
~Faatir, 35:8~

Renung-renungkanlah kalam Al-Hakim ini. Sinis tetapi itulah kebenarannya. Dan juga pengajaran buat mereka yang melangkah di laluan yang disediakan para Anbiya’, jangan kalian bersusah hati untuk meneruskan usaha kalian. Sesungguhnya segalanya telah ditetapkan oleh Al-‘Alim.

Sedikit tazkirah, bukan untuk mereka yang tertentu, tetapi sebagai peringatan bersama lebih-lebih lagi diri yang kerdil lagi hina ini. Ya Allah, kami memohon hidayah daripadaMu dan janganlah Engkau sesatkan kami.

Dan sesiapa Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka Dia lah Yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa Yang disesatkannya maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong Yang lain daripadanya. dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, Dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka Dengan api Yang menjulang-julang.
~Al-Isra, 17:97~

Cuba membaca Al-Quran Braille ~ ;p

Gelisah Hati Sang Pengembara...

Aku meneruskan perjalanan hidupku.

Aku tiba di sebuah lorong sepi.
Di sebuah lorong yang
kulihat pohon-pohon yang menghiasinya kelayuan.
Di lorong yang satu itu, jalannya penuh duri-duri
yang menjalar melintas bersilang di tengah laluan lorong itu.
Di lorong yang satu itu, angin dingin menghentam wajahku
mewujudkan perasaan yang menggetarkan sukmaku.
Di lorong yang satu itu, harus aku lalui
untuk aku teruskan perjalananku.

Kutabahkan hati, melangkah maju ke lorong yang satu itu.
Ku tabur baja-baja di pohon yang kelayuan.
Ku sirami pohon-pohon yang kelayuan itu
dengan air mata kesakitan
tatkala kaki ditusuk duri yang terjalar.
Ku capai tanganku ke kakiku
mencapai duri yang mengoyak isi kakiku.
Kugagahkan tanganku
menggapai duri-duri yang menjalar,
mencerahkan laluan
memudahkan aku mengorak langkah seterusnya.
Bergemalah jeritan bisu di lorong yang satu, lorong yang sepi itu.

-----@~T_T~@-----

Semakin banyak pandangan menghinaku,
di setiap laluan yang disentuh langkahku.
Apakah terlalu jelek diriku ini?
Aku kini mengkhabarkan kalian,
hai mata-mata yang memandangku.
Aku tidak kisah bagaimana kalian melihatku.
Aku maafkan segala kesilapan kalian yang lalu.
Aku lepaskan kalian dari rasa bersalah kalian terhadapku.
Nah, teruskanlah hidup kalian dengan aman.

Aku sedar, diriku ini bergelumang dengan kesilapanku
Lalu ku hempaskan lututku ke bumi,
ku hulur tanganku ini,
ku susun jari-jemariku yang dikotori dosa ini,
mengharapkan kemaafan dari kalian.
Jika kalian masih menurut keegoan kalian,
apalah dayaku, insan yang lemah ini menghalang.

Ku tidak ingin menyimpan dendam kesumat.
Ku tidak ingin kalian menyimpannya juga.
Ku tidak ingin merana di sana,
tidak juga ku ingin menjadi asbab kesengsaraan kalian
di perkampungan yang kekal abadi kelak.

-------------------------------------------------------------

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya."
(Riwayat Bukhari)


". Dan janganlah orang-orang Yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang Yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

~An-Nur, 24:22~

Masa mudamu sebelum hari tuamu~

Assalamualaikum.

Tiba-tiba terasa ingin meletakkan kiriman, tatkala tugasan-tugasan yang datang bertimbun-timbun sehingga terasakan seolah-olah aku sedang dihimpit dan semakin dihimpit separuh mati. Tidak ada sesiapa yang boleh aku persalahkan kecuali diriku sendiri. Nikmat masa yang dikurniakan Ar-Rahman buatku tidak aku pergunakan sebaiknya, bahkan terbuang dek amalan-amalan laghaku bak hamba yang tidak mengenal erti bersyukur.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan menasihati dengan kebenaran dan menasihati dengan kesabaran.”

-Al-‘Asr, 103:1-3-



“Demi Masa”, “Demi waktu Dhuha”, “Demi Fajar”, “Demi Siang”, “Demi Malam”. Nah, begitu banyak sekali peringatan Al-Khaliq buat makhluqnya. Berulang-ulang Dia bersumpah, demi masa yang wujud padanya pelbagai pembahagian. Peringatan buat hambanya agar tidak memandang enteng perihal masa.

“Yang paling jauh darimu ialah Masa Lalu” demikian kata imam Ghazali kepada anak muridnya.

“Masa itu Emas” tercipta dari keprihatinan orang tua-tua Melayu.

“Time is money” says the Englishman for their concern towards every second that passes by.

“Masa ibarat pedang – jika kamu tidak memotongnya, kamu akan dipotongnya” lahir dari lisan pujangga Arab.

Hakikatnya, kepentingan masa itu memang jelas. Cuma manusia sahaja yang memilih untuk menggunakannya sebaiknya atau sebaliknya.


<:::memandang ke belakang::::

Selama nikmat hidup yang diberikan Ar-Rahman buatku, banyak mana kebajikan yang telah kulakukan? Usiaku yang kini sudah jauh dari awal remaja dan semakin menghampiri alam dewasa, apa yang telah kulakukan selama ini?

“Seorang muslim itu ialah apabila dia melakukan sesuatu, pasti ada manfaat pada perbuatannya, untuk dirinya juga orang-orang di sekelilingnya”

Beberapa kali sudah terngiang-ngiang di telingaku, peringatan yang disampaikan seorang teman buatku. Mengenangkan kembali masa-masa yang telah kuhabiskan melaksanakan amal-amal yang buruk lagi keji, apakah layak buatku menggunakan jenama “Muslim”, mengaku diriku ini seorang Muslim? Astaghfirullahal’azim, ampuni diriku Ya Allah!

Mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidupku, yang telah menjadi guru buat diriku, mengajarku erti dan nilai sebuah kehidupan, aku termenung seketika. Apakah aku benar-benar mengambil pengajaran daripadanya? Perbuatanku dari sehari ke sehari mengatakan, “Kau tidak pernah ingin belajar dari kesilapanmu!” Manakan tidak, begitulah diriku, acapkali aku mengulangi tabiat burukku membuang masaku dengan pelbagai macam perbuatan-perbuatan lagha. Hatta, di saat-saat genting ini pun, masih lagi tidak sedar betapa banyak masa yang sepatutnya boleh kumanfaatkan untuk diriku, menjadikanku hambaNya yang syukur tetapi ku kufur nikmat yang diberikanNya.

Masa yang berlalu tidak mungkin akan berpatah balik. Sepertimana lagu yang ku belajar di sekolah rendah,

“Masa juga~

Kan berlalu tak menunggu kita~”

::::kembali memandang ke hadapan::::>

Sampai bila harus ku bersikap begini. Masa di dunia ini singkat. Mati itu dekat. Teringat kata-kata sahabatku yang mengingatkanku kepada firman Allah,

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.”

-Az-Zumar, 39:42-

Nah, betapa aku harus bersyukur masih diberi peluang untuk hidup, setiap kali mata tercelik tersedar dari lamunan mimpi indah, untuk menebus masa-masa laluku yang telah ku sia-siakan! Sekiranya aku masih diberi peluang untuk merasai kehidupan di dunia ini, harus buatku menggunakannya untuk mengejar kejayaan yang harapnya tidak terhad kepada dunia tetapi di perkampungan akhirat juga.

Ayuh, bangun, sedarlah dari mimpi-mimpimu! Sedarlah dari permainan-permainan picisan duniawi! Kembalikan semangatmu, semarakkan ruh untuk berjihad menuju Mardhatillah!

Teruskan berjalan di laluan usiamu yang pendek ini dengan kesungguhan.

Mudah-mudahan pengakhirannya kebahagiaan yang kekal abadi.

- tazkirah buat diriku, bersempena ulang tahun kelahiranku yang ke-19, menurut taqwim Masihi, 3 Oktober 2009, mudah-mudahan masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupanku dengan ketenangan -

Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah lagi hina ini...

Gua dah cakap, ni betul-betul, bukan main-main~


Here are some pictures taken on the day of the open house. For those who didn't and/or couldn't make it, better luck next time~ =)


Kambing 2 ekor yg sedia utk dikedaghah!
Preparation~
"Open House"


Scene dari anjung~
Macam2 ada~
Rumahku syurgaku~

You are all invited!

Assalamualaikum.
As I said before and told you guys in my SMS (told you i'm serious!), here's the info on the Open House + Home-warming Feast:



Date:
26th September 2009
(Saturday)

Venue address:
Plot 125, Lorong Alamanda 11,
Kampung Tersusun Taman Alamanda,
Pokok Sena, 13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang

Time:
Noon till night

Note:
  • For those who are planning to come here by bus (from Butterworth a.k.a. Jetty), you can take the bus to Kepala Batas or Bus no. 52 - it is encouraged that you guys take the former one. Drop by at SMK (A) Al-Irshad and call me! (Sorry, no info on the bus fares~)
  • Please take note that the route to get into Kg Tersusun Taman Alamanda is very "unnoticable" - high probability that you'll miss it! Plus, there's no sign board or what so ever. Once you're there, left turn on the first junction you see and head straight to the end of the road. Turn right and get to the second house you can see!
Hope to see you guys there!

The Eve of Syawal~


~To date, out of 170++ people that i've sent my Eid wish, 65 have replied~
~Heheh, just wanna share~

~I declare myself - left my youth partially~
Why'd i say that?

I left for Rumah Tok Ali at 3.30 p.m.
There, dad told me to get some charcoal
It's been a while since i last got a hold on to a motorbike handle
Been stepping on pedals eversince i got hold of my license
We're gonna roast some chickin!

but the call to prayer was up
went to Paya Keladi Hujung masjid
they've renovated it!
still remember my last visit
it was old-school style of musolla
the prayer hall was upstairs
the floor "creaks" for every step you walk on it
but now the main hall is downstair
they even got air-cond installed
has it really been that long since i last went there?

to tell you the truth
i've never used motorbike to travel on the "real" road
usually i would only use it for touring my lil bros and nephews around the village
used only "jalan kampung"
today was the record setting
for the longest journey on the road, on bike
got a bit awkward but got the job done

spent the whole evening looking after the roasted chickens & meat
most of 'em got burnt
REALLY BAD
it would be like having crackers instead of meat

the whole family was there
Pak Long's, Pak Cik's, Pak Su's
we did Yaasin and simple tahlil
just before breaking the fast

After Maghrib, we played with fire-crackers
the kids were very excited about that - not to forget the OVERAGED-kids~



Got home at 9.45
joined my dad
our residential members are doing simple tahlil and takbir
house by house
well, not many houses were here
still lots of empty land lots
but we did for 9 houses
from 9 till 2.30 a.m.
each house would be around 30 minutes
i think i was the only OVERAGED-kid in that group
there were only me & my dad
my brothers didn't follow
got to hear old peoples' conversation
it was quite fun & interesting
from self-planted bananas, crops ruining cows
then steel thief around the area
then issue with KFC - (haa, did you know where they get their chickens?? i don't think dad'll get us to KFC again after this~)
tolls - they said it was free during the eid night~
then Arabs - tourists, their behaviour, their place -- "Pukau"
fishes

hahah, i got a lot of things by just hearing from their conversation
well, of course i didn't join it
sitting quietly like a nice daddy's son~

Anyway, that's when you feel how exciting it is having ukhuwwah
the "sweetness" (direct translation~) of ukhuwwah
especially in a small residential area, with very few people


serving drinks for the guests~

Sorry, not in the mood yet to be poetic~
about the Open House, i'll have it in my next post~
got to go, have to wake up early
got to send my nephews back early
or they'll miss going to Eid prayer with their new clothes~ =p

Anyway, have a happy Eidul Fitri!

~~

qBM i i ZB BB UjJYJYYLYLYYJJ5. i7:1BBM
YN .. SB BU LJL7L7v7v7L7v7LYL.i77iXBBBB
. XB ..:i7LUuuSJv2UjYJLYYJYYLJYJYuuS1JjBBBBBB
.iZBYr, .,,i:irv7uUSSqXqkX51YjBBUv7LvYLYLYYJYJLYLJYYYY7BBBBBBB
.......:::r7YUPUjUu2XSPkPkPFk5FU1uUJjYL77r7;2BviFLrrvLYLYLYLYYYLY7vrYBBBBBBM
irjFkPSXkPSPkXFS2UYYLEULLuYjYjYjYJYJLJYJL77juMBBBB0MBBOUr;;77L7LLYLLrYY;YBBBBBMB
XU1uUYuYuYjYJYJYYYYvLBPrYLYLYLYLYLYLYLL7riMBr5BBBBBBBBBBBGkY7;1LLLY7EBBU7BBBBBBB
YLYJLYLYLYLJLYYJYYLL7BN7LYLJYYLJLYLL7ri7YMBB0OBBBBMBBBBBBBBBBBBBr77r8BB7iBBBBBBB
J7JLYLJLJLYLYLJYYYY77MMrLLYLYLYLYv7i7UOBBBBBBBBMBMBBBBBMBBBBBBBXir7rUU5UZBBMBBBB
LLYYYJLYYYLJLYLYLJLL7MBL7YLYLYvvrrLZBBBBBBBBMBBBBBBBBBBBBBBBBBBMOBBBBBBBBBBBMBBB
J7JLYLJYYLJLYLYLYLY77OBJr7v77irrjZBBBBBBBBBMBMBBBMBMBMBMBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBMBB
YLYYLYLYLYvLvL77rr;r:UEvir7v7FZBBBBBBBBBMBMBMBBBBBMBBBBBBBMBBBMBBBBBBBBBMBMBBBBP
YrL7v77r7r77LLU2qqEMBMMMBBBBBBBBBBBMBMBMBMBBBBBBBMBBBBBMBBBBBBBBBMBMBBBMBMBBBBB7
77YUUkNZOBBBBBBB08BMUZBBBBBBBBBBBBMBMBMBMBBBBBMBBBBBMBBBMBBBBBBBMBBBBBBBBBMBBBFk
MOBOBMOGES5YY7ri:rBU ;BBBBBBBBBMBMBMBMBBBMBMBBBBBBBBBMBBBBBBBMBBBBBB11BBBBBBBMUB
Y7r7rririrr77L77rBBBLEBBBBBBMBBBBBMBBBMBBBBBBBBBBBMBBBBBBBBBBBBBMBBBGNF5NBBBBYXB
LrL7LvLvL7YvLLY77BBBBBBBBOPJPBBMBMBBBBBBBBBBBSL7YrvBBMBBBBBBBBBBBBBBBBBBkUBBBSBB
L7vLLYvLvLvYvLv7rZMBOBBBUiLBBBBBBBBBBBBBBBB277LYLYuNYEBZuJu110BBBBBBBBBBB7,MBBBB
YrL7L7v77r7r7rrii::iLMBB1rBBBBBMBBBBBBBBBBXiJYjJUJj7YUL7L7L77;YqBBBBBBBBBB0JMBBB
riirirrLLu1FXGOBBBBBBBBBFXBBBBMBBBBBBZ8BBBYYjUU55XFSujYuJuYjL5urYBBBBBBB;YBBXOBB
PPOMBBBBBMMPPkPSPNSGBBBBMB8MBBBBBBBBBi77YYu2XSX5u;;JXkSUUJJYkqUYv7GBBBBBMiLBBBBM
MO0055YL77rrr7rr;;:NBBBBBU,XBBBBBBO0PLYUUkF27i:. .iLjYUF0kuYuYYrXBBBBBBPBBBMB
r:ii;i77L7L7YLLvL7rBBBBBL,FBBBBBB5BYLuXkui. ....... :qMMX2juJuYJrMBBBBBBBBBBB
1i7L7J7vvL7L7v77rr:rBBB07OBBBBuB0rYY2qr, ......,.,.,..,UYr:iuP2UjuYLLBBBBBMBBBBB
BrBBBBJ:;i;i7vJjkk57B85UBBBBBq8Gjvu5F: ..........,.,,,.... .:15UjUY7kBBBBBBBBBM
BBBNvJJ5XN8MBBBBM0MBBNLYBBBS71v7LU25. .... .,:. .,,,.,,,,:. ,X2UJuvLBBBBBBBBBB
BBBBBBBBBBBOvirr7:qBBB7JBBBrOBXvuUN: ....:rY1SNX5r, ....,.,::..70UUJjrPBBBBMBBBB
BBBBBBBBBBBBMurv7;0BBBiGBBBUBBBLJFj...;0ZMGONNP0NGXY:. ..,.:::..YqUUYLuBBBBBBBBY
BBBBBBBBBBBBBBNi;:NBMPUBB81BBBkrj5i ..:ii:::..::vjXEM02r:.,.:,,..7quUvYBBMBBBBZi
BBBBBBGZk5JYvLLJU5BBrS0MBUuBBBU7vu. ,iJSMY..,.,.,..7FuYYBBBBBBBr7
BMBOuLYju2XqMBBBBBB2,GGLPBBBBBBBBBBB8SUYJjFPEkSYr:. ...,.,,,.. 7U7YBBBBBBYvL
MBBBBBBBBBBBBBBBBBB. Bj.7BBXMBZUZqSBBBBBBB0ZUMBBBBBBXY, ....... .7P17vBBBBBX7LY
BBBBBBBBBBBBBBBBBBM 81 :NXLBZ7jr .7EBr. :GBX .XBPZG1, :uF1BMBBBBBB7vJL
BBBBBBBBMM0ZXk1F1qq:U :UrB07JL .. .. :..;2F .iPqUrirJUULL7JPBBBBu7jJY
MNEEBMkU15qNG8BBBBB:,:: ruuOMvF, .,.,.......... ..... .:7BBBBBBBBOEG5NBBB0rYYuL
1Sq8BBBBBBBBBBBBBBB: ,,:r YBMv5: ..,.,.,.,.,.,.,.,.....OBB,:5qBZvujUUF5kZBYLYjJY
BBBBBBBBBBBBBBB8GGBJ ..L JB27S: .,.,.,.,.,.,.,.,.,.,..iY. J7BE7LYLY7v7L7rJuYjL
BBBBBBMOE0F5uUuUUqBB. ....jBYL1L ..,.,.,.,.,.,.,.,.,.... .. 2UiPJuJJYjYj2: 1juYY
k5S5FFSSqNOMBBBBBBBB8 .. qBjvS5..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.....rG.:k1uYYLJjU YUuYuL
0OMBBBBBBBBBBBBBBBBBBE. 8BJY1i ,.,.,.,.,.,.,.,.,.::i:ii:.. JJ .YUYLYLuY7UUJjLU
BBBBBBBBBM8qPUUvJqBBBB0vr;BBujr ..,.,.,.,.,.,.,.,.:i:...:.... Si .2YBBjLUUjJjY70
MONNFF5EBGFNEOOBBBBBBBBYuYBBYUi .,.,.,.,.,.,.,.,..,;.:ii,.... rB 7FBM7JYuJuYv7B
U1008MBBBBBBBBBBBBBBBB8rY7EB2j; ..,.,.,.,.,.,.,.,.,:i:::i7r.. rX,iLBB7YYuJuYYrOB
BBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB1vYLJBXYY..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,,,...:i ij7iL22BuvYJYjYY;SBB
MGZkqFSqBBBBBMBBBBBZU7LYJL7MBL5: .,.,.,.,.,.,...,.,...,... .Xk5UU7BN7LJYjYYrUBBB
2NEMMBBBBBBBMBBBBBXrrLYJYJvJBMvJ ..,.,.,.,.,.. . . ....... Y5UJJ70B7YJJjYYr2BBBB
BBBBBMMOOGBBBBBBB5rvjYjYuYj7jB0Yr ....,.,.,.,:1S7::::...,.,1UYJ7JBJvjYjLL;FBBBBB
uFkqN8GMOBBBBBBB2rLjYjYuJjYY7jBBU7 .,:.,.,.:,:rukZFYLu1kFFU2JY7vBX7YLYv77GBBBBBB
kMBBBBBBBBBBBBBUrLJJuYjJuYjYJ7YBBk7...:...,.,.. ..,...,ik1UJJrLBBi777rLUBBBB07UE
MBBBM8PMBBMBBB1ivJYuYuYuYjJuYJvvNB1ki..,.,.,........... :5JYrJBB5rLU1MBBBBBU7L77
JMBBBBBBBMBBBBBL7LjYjYjYjYuYjYJYLYuUPY,...:.,.,.,.,.... r1Yr1BBBBBBBBBBBBGv7jJuL
kM8GqMBBMBMBBBBBY7LjYjJjYjYuYuYjYjYjJk1i...,,,.,.,.,.::,YUrSBBBBBBBBBBBBBY7jjUuj
kMBMBBBMBMBMBBBBBUrvJYjYjJjJjYjYjYjYjj5kv...:...,.,... ,2rqBBBBBBBBBBBBBG7jJUjUY
5BBBBBMBMBBBMBBBBBEvrYLjYjYjYjYjYjJuYujUFUi. ..... :2rSBBBBMBBBMBBBBBP7JUjUuJ
XBBBBMBMBBBBBMBBBBBB1rvLJYjYuYuYjYuYjYuJU2XU;. ...,:;u7UBBBBMBMBBBMBBBBM7uJUuUY
MBBBMBBBBBBBMBBBBBBBBMLr7YLJYjYJYjJuYjYjYjLLNBPFjJYuYJFBBBBBBBBBBBBBBBBBBLLUJUjJ
FBBBBMBMBMMBBBBBBMBBBBBNJ7rrLLYYJLJYJYJLY77NBBBBBBBM8BBBBBBMBMBMBBBBBMBBB1LJUuUY
1BBBBBB8MOkBBBMBBBMBBBBBBBN2v7r7r7r7r7r7r78BBBBBBBBBBBBBBBBBMBMBMBMBBBMBBB7jJUjj
kBBBBBBBBBBBBBBMBBBMBBBBBBBBBBBGENE5SS0ZBBBBBBBMBBBBBMBBBMBMBMBMBBBMBBBBBB57UjUY
FBBBMBBZJU2BBBMBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBBMBBBMBMBMBBBMBMBBBMBBBMBMBBBBBBLLUuj
kBBBBBBMEqGBBMBMBMBBBBBMBBBBBBBBBBBBBBBBBMBMBMBBBMBMBMBMBBBMBMBBBMBMBMBMBBB0LJUY
FBBBBBBBBBBBMBBBBBBBMBBBMBBBMBBBBBMBBBMBMBBBBBMBBBBBMBMBMBMBMBBBBBMBMBBBMBBBvjjj
SBBBBBBZE8MBBMBBBMBBBBBBBBBMBMBBBMBBBMBMBBBBBMBMBMBMBBBBBBBBBBBMBMBMBBBMBBBBJLUY
5BBBMBBMYU2BBBBBMBBBMBMBBBBBMBMBMBBBBBBBMBBBMBBBBBBBBBMBMBMBMBBBBBMBBBMBMBBB2vjj
kBBMBBBB0XXBBMBMBMBMBMBMBMBBBBBMBBBBBBBMBBBMBMBBBBBBBBBBBMBMBMBMBBBBBMBMBMBBM7jY
5BBBMBBBMBkBBBBBBBMBMBBBBBBBMBMBMBMBMBBBMBMBMBBBBBBBBBMBBBMBMBBBMBBBMBMBMBBBBUvJ
XBBBBBBGMBGMBBBMBMBBBMBBBBBMBBBMBMBBBMBBBBBBBBBB2rLMBBBBBBBBBBBMBBBMBBBBBMBBB87v
LBBBMBBBBBBBBBBBMBMBBBBBMBMBBBBBBBMBBBMBMBBBBB2vrriMBBMBBBBBBBMBMBBBBBMBBBBBBBU7
7BBMBMBBBBBBBBBMBBBBBMBMBBBBBMBMBMBMBBBBBMBB87777YMBBBBMBBBBBBBMBMBMBMBMBMBBBBBi
vBBBMBMBMBBBMBMBMBMBBBMBMBMBBBMBMBMBMBBBMBBNiLYuNBBBBBMBBBMBBBBBMBBBMBMBBBMBBBBX



Konvokesyen???

Pagi semalam aku menelefon ibuku. Setelah semalaman tidak dapat tidur. Selesai slot terakhir Konvensyen Nuqaba' malam itu, diri sudah menghadap komputer, cuba menyelesaikan IA Math yang masih mengancam menghancurkan hidupku~

2 pagi. Aku tunaikan solat istikharah. Meminta jawapan kepada soalan yang masih belum dijawab. Menghadap komputer sehingga jam 4.30 pagi. Qiyam dilaksanakan. Istikharahku sekali lagi. Mata tidak dapat dilelapkan.

Sahur. Aku terlambat. Mungkin bukan rezekiku. Sahurku hanya nasi dibasahi kuah. Rezeki juga. Alhamdulillah. Selesai makan, aku ke lapangan di tengah masjid. Menekan kekunci telefon bimbitku. Soalan kuaju kepada ibuku dan juga ayahku. Ke mana harus anak mereka ini pergi? Lama juga aku di talian. dari 5.30 pagi, hinggalah azan Subuh dilaungkan. Keputusannya masih juga belum kuperoleh.

Esok jawapan dipinta. Aku harap keputusan yang bakal kubuat ini adalah yang terbaik buatku.

Wahai Pemilik nyawaku,
betapa lemah diriku ini,
berat ujian dariMu,
ku pasrahkan semua padaMu~